PERLUKAH AMBIL SERIUS APA YANG ORANG TULIS DI MUKA BUKU? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PERLUKAH AMBIL SERIUS APA YANG ORANG TULIS DI MUKA BUKU?

Friday, April 28, 2023

PERLUKAH AMBIL SERIUS APA YANG ORANG TULIS DI MUKA BUKU?

 Lama betul tak menulis di muka buku ini. Macam biasa la kalau che kak menulis di sini sekadar syok sendiri je. Jangan la ambil serius sangat apa yang che kak tulis.


Enjoy dengan kehidupan seharian je. Maklum la banyak sangat masa terluang. 



Kalau rasa annoying boleh scroll laju-laju atau klik butang unfriend atau unfollow. 


Kalau rasa bermanfaat, anggaplah sharing is caring.


Selain dari melawat kedai eco, menulis dan tepek di muka buku che kak ni sekadar terapi diri sendiri je. 


Takkan la nak sharing memasak, cuci toilet guna sabun eco pun korang nak ambil serius.😝



Che kak baca yang orang sharing pun che kak rasa enjoy je.  Hormat sahaja apa yang duk lalang kat wall che kak. 


Kalau ada share pasal gelagat anak², che kak rasa terhibur.


Kalau ada yang share pasal masakan, che kak dapat idea untuk masak juga. Tetap rai perbezaan resepi atau petua masakan.


Kalau ada share pasal deco, che kak boleh cuci mata juga.


Kalau ada yang share pasal kesihatan, tazkirah what ever la, che kak tetap baca tanpa rasa prejudis. 


Kalau ada share bahagia atau derita, che kak ambil ikhtibar. 


Nak hidup dalam muka buku ni, kena ada rasa saling hormat menghormati. 


Kalau rasa nak jadikan apa yang orang tulis sebagai bahan umpatan  baik lupakan jadi ahli muka buku. Duk diam-diam je dalam gua. 


Orang tak kacau kita, kita jangan kacau orang. Haa gittewww. 


#gambarhiasansahaja

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com