TEMUJANJI HRPZII - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: TEMUJANJI HRPZII

Wednesday, April 19, 2023

TEMUJANJI HRPZII

Hari ni (17.4.2023) cuti bawa anakanda puteri sulung untuk cek kesihatan di HRPZII. Susulan selepas masuk wad kecemasan selama 3 hari sebelum puasa hari tu. 

Semalam pun che kak dah wasap surat kepada mudir untuk maklum anak tak gi sekolah hari ni. 

Seawal pagi rezeki jumpa orang baik² je hari ini. Dapat parking pun mudah. Abang jaga parking pun senyum je. 

Sampai kat hospital jam 8 pagi. Tengok papan tanda sebab tak ingat tingkat berapa nak pi. Nasib baik ada kakitangan hospital bagitau tingkat berapa kena pi.

Daftar kat kaunter pun bahagia je rasa sebab semuanya memberi layanan yang baik. Misi² dan doktor pun baik je. Sejuk perut  ibu mengandung.

Daftar, cek jantung, jumpa doktor, ambil darah, ambil ubat, hantar sample darah kat makmal patologi ambil masa lebih kurang 2 jam. Alhamdulillah. 




Masa balik sempat ler singgah kedai eco😆. Terapi.

 Balik rumah, dapat ler rehat sekejap sementara nak masak, basuh, lipat kain, ambil anak sekolah, buang sampah dan bla bla bla bla bla. Basuh najis kucing entah kucing sape punya. Geram pun sabar je la. Syukur juga anak² sangat membantu. 

Tak sabar nak raya. Eh sebenarnya tak sabar nak jumpa encik suami yang dah lama tak jadi orang perantau balik hari raya pada malam raya😝.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com