TETAMU DIRAI DAHULU VS SEKARANG - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: TETAMU DIRAI DAHULU VS SEKARANG

Monday, May 29, 2023

TETAMU DIRAI DAHULU VS SEKARANG

Masa kecik kecik dulu, che kak selalu ikut arwah mok (nenek) gi jalan-jalan rumah worih waroh (saudara mara).

Walaupun jauh berjalan kaki, tapi arwah mok memang suka juga berkunjung. Nak short cut, lalu kat sawah padi.
Biasanya orang dulu-dulu takkan biarkan tetamu balik dengan perut kosong. Mesti depa akan hidangkan nasi walaupun sekadar lauk ikan goreng dan budu. Tambah pula ada ulam ulaman kat sekitar rumah depa.

Arwah mok memang paksa suruh makan juga. Kesian kat tuan rumah penat-penat masak untuk kita. Agaknya sebab tu che kak tak cerewet dan bedal je makan apa yang orang hidangkan.

Lepas makan, arwah mok suruh basuh pinggan walaupun tuan rumah tak bagi basuh.

Orang tua-tua dulu sangat meraikan tetamu. Layanan mereka sangat mesra. Kita sebagai tetamu tak pernah rasa macam orang tak suka kat kita kalau kita bertandang.

Walaupun hidangan tak mewah tapi kita rasa sangat dirai.

gambar hiasan sahaja


Tapi zaman sekarang, che kak akui che kak sendiri tak mampu nak rai tetamu seperti layanan orang dulu-dulu.

Walhal dalam Islam sendiri ajar adab menerima tetamu dan kita sebagai tetamu juga tak terlepas dari adab-adab bertandang ke rumah orang.

Kita semua tahu tetamu adalah pembawa rezeki. Rai lah tetamu dengan seikhlas hati. Biarlah mereka pulang dengan rasa happy dan dihargai.

Tetamu datang bukan nak makan mewah-mewah dan bukan juga nak tidur bilik aircond. Walaupun kita hanya mampu angkat air teh o kosong je, tapi takpe asalkan tetamu dihargai.

Jangan sesekali memilih tetamu. Kalau kawan-kawan kan main kita jamu macam-macam hidangan. Tapi bila saudara mara kita datang, kita layan acuh tak acuh je. Air masak pun tak dihidang.

Kadang-kadang malu juga kalau kawan anak datang ke rumah, tak mampu che kak nak beri layanan macam orang tua dulu-dulu.

Che kak duk berkurung dalam bilik. Konon penat baru balik dari kerja. Hmmm tak baiknyeee buat macam tu.

Sekurang-kurangnya tanya la khabar dan berbual bual dulu, kan. Hidang air teh o beng walaupun depa datang bukannya nak minum air pun.

Entah apa la depa duk kata kat 'makcik' ni ye.
😝

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com