PEMERGIAN CHE (NENEK SUAMI) - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PEMERGIAN CHE (NENEK SUAMI)

Tuesday, January 9, 2024

PEMERGIAN CHE (NENEK SUAMI)

Sebelum subuh semalam ( 7.1.2024),  kami dikejutkan dengan berita kematian che (nenek suami).   Arwah che umur 86 tahun dan perginya sebab sakit tua.


Baik anak, cucu, cicit semuanya panggil dengan panggilan che. Bff che pun panggil gitu juga. 


Rezeki che juga dikebumikan di sebelah kubur suami yang dah 14 tahun menemui Pencipta semasa usia hampir 90 tahun. (Kalau tak silap). Kami panggil abah. Che kak sempat kenal 6 tahun sahaja. 


Sepanjang che kak jadi cucu menantu, tak pernah che kak tengok arwah sakit. Demam biasa tu adalah sekali sekala.


Che seorang peramah. Memang tak kekok langsung apabila berbual-bual dengan arwah. Arwah suka pakai bedak sejuk dan celak mata.


Sebulan dua  yang lalu che tak sihat, anak-anak arwah jaga. Suka je tengok anak-anak che pakat-pakat jaga. 


Walaupun ada anak yang bekerja, tapi tetap sama-sama jaga dan tak lepas tangan pada surirumah sepenuh masa.


Rezeki che kak juga dapat belajar dan membantu urus jenazah. Kali pertama che kak tengok secara depan mata.


Kali pertama juga bau kapur barus buat mandian. Kali pertama juga tengok daun bidara. Kalau takde daun bidara kawasan rumah kita, mana nak dapat daun tu ya?


Semahal dan secantik mana pun pakaian kita semasa hidup, akhirnya kain putih juga yang membalut tubuh kita.


Semahal dan sewangi mana pun sabun mandian kita beli di watson, akhirnya air kapur barus juga yang akan menjadi jirusan terakhir di tubuh kita.


Sebanyak mana pun duit kita, akan ditinggalkan juga kepada ahli keluarga. Tapi duit tetap perlu untuk pengurusan jenazah seperti upah gali kubur, sewa van, kain kapan dan sumbangan untuk solat jenazah. Che kak pun tak faham juga kenapa solat jenazah perlu juga kita bagi duit. Kalau takde duit pada masa tu, macamana?


Semoga arwah che dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Terima kasih che sebab buatkan che kak rasa bahagia jadi cucu walaupun che kak hanya cucu menantu. Bahagialah che di sana.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com