Nasi kerabu express sungguh mudah dan cepat disediakan - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: Nasi kerabu express sungguh mudah dan cepat disediakan

Thursday, January 7, 2016

Nasi kerabu express sungguh mudah dan cepat disediakan

Alkisahnya petang semalam... Suami dan anak2 lambat balik sebab anak ada aktiviti petang kat sekolah.. Sampai kat rumah dah hampir pukul 7.00 ptg..

Pukul 6.00 lebih, Kak Za dah rasa resah gelisah.. Kesian pula kat suami nanti nak masak lagi, nak uruskan anak-anak lagi dan pendek kata semua kerja rumah lah.. Sepanjang tempoh berpantang ni, memang suami yang uruskan kerja2 rumah dan anak2..

Kak Za nak tolong masak.. Tapi, alahai... Malasnya nak masak.. Sebabnya si baby Awaatif ni asyik merengek manja je.. Apa lagi nak menyusu dan beriba la tu..

Nasi kerabu express dan nasi kerabu tumis express

Kak Za pula kalau nak memasak mesti lambat siap sebab kononnya wat kerja secara sistematik... Kena selesai satu persatu.. Hehehe.. 

Apalagi, Kak Za buka sekotak nasi kerabu tumis express.. Basuh beras siam dan sukatan air kena lebih sikit.. Sebab kebiasaannya memang kena lebihkan air.. Lepas tu masukkan serbuk kunyit nak kasi warna kuning nasi tu.. Lepas tu masukkan serai yang dah diketuk.. Alamak! Daun limau purut tak de la pulak.. Tapi tak pe.. Tak wajib pun.. Sekadar nak bagi nasi  bau wangi je ..

Cara masak nasi kerabu


Lepas tu isi ikan dan kelapa goreng digaul sekali.. Siap.. Sambal tumisan pun dah siap.. 

Cara buat smbal nasi kerabu


Untuk ulam, Kak Za hiris kobis je.. Sebab anak2 memang tak makan sayur dan ulam.. 

Kak Za goreng ayam dan goreng keropok.. Siap..  20 minit je dah siap semua.. Tunggu makan je..

Nampak tak... Sekurang-kurangnya nasi kerabu express membantu Kak Za yang pening duk mikir nak masak ape dengan cepat, pantas dan sedap..

Kak Za pun tak rasa stress dan penat memasak... Terima kasih nasi kerabu express..

Kalau sesiapa yang nak, Kak Za ada stok.. Boleh COD di Ketereh dan pasir puteh, Kelantan.. Hubungi je melalui no. tel 0133703161..

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com