Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 1 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 1

Sunday, January 17, 2016

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 1

Semasa kandungan berusia 25 minggu, Awaatif disyaki buah pinggang 'besar' sikit... Punyalah lama doktor pakar scan, tiba2 dia sebut "what do u think" kat doktor lain.. Berdebar hati Kak Za apabila dengar doktor cakap macam tu.. Semasa dengar penerangan doktor, hati Kak Za sebak, pilu.. Rasa macam nak jatuh air mata je.. Tapi segan, sebab depan doktor.. Tahan je sebak.. Duk sorang2 mulalah air mata laju selajunya..

Doktor pakar  klinik wat surat rujukan ke HRPZII untuk ultra sound.. 2 kali Kak Za pergi ke HRPZII untuk temujanji ultra sound.. Doktor kata, lepas bersalin nanti kena follow up balik...

Semasa usia Awaatif 18 hari (27.12.2015), Awaatif kena pergi HRPZII pula, sebab long jaundis.. Kena ambil sample darah dan air kencing.. Punyalah lama tunggu si Awaatif ni nak kencing dalam plastik yang disediakan.. Kak Za makan juga supplement makanan sunnah sebagai ikhtiar.. Tapi, kita dah ikhtiarkan.. Nak kena jaundis juga.. Ada la sebab tu... Kena tengok keputusan ujian nanti..

Semasa duk berbual2 dengan doktor, Kak Za ada bagitau tentang buah pinggang Awaatif.. So, doktor terus dapatkan tarikh temujanji untuk ultra sound Awaatif.. Alhamdulillah, nasib baik tarikh temujanji cepat..(14.1.2016)

Pada 14.1.2016, Awaatif disahkan bengkak kedua-dua belah buah pinggang.. Alik kiri bengkak sikit..
Bahasa 'medik' ialah hydronefrosis. Air lebih dalam ginjal. Punca mungkin kerana anatomi ureter tak normal.. Kedudukan terbalik. Urin jadi backflow.. Dari ginjal turun ke bladder, patah balik ke ginjal.. Initial diagnosisnya lebih kurang begitulah..

Pastinya, treatment akan di buat dari semasa ke semasa.. Doktor kata operation mungkin perlu bagi membetulkan ureter..

Doktor pesan, kalau baby demam, muntah dan cirit birit, kena cepat-cepat bawa baby ke hospital..

Keputusan sample darah dan air kencing untuk jaundis, syukur alhamdulillah, normal..

Melihatkan wajah Awaatif yang tenang, asyik tidur dan jarang menangis, membuatkan hati Kak Za pilu.. Tak tahu la sama ada dia rasa sakit atau tidak.. Seolah2 dia kuat dan terima dugaan Allah..

Ok, cukup dulu untuk kali ini.. Nanti Kak Za akan bagitau pula treatment seterusnya..


Nur Asmaa' Awaatif 


HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com