KAUNTER - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KAUNTER

Sunday, January 24, 2016

KAUNTER

Sekarang ni macam-macam isu petugas kaunter yang diviralkan oleh individu kat laman sosial.  Motif??

Tapi Kak Za tak nak komen sebab tak tau cerita hujung pangkal.. Tersalah komen kan jadi fitnah.. Bahaya ooo fitnah ni.. Kalau betul pun jadi mengumpat.. Dua-dua tetap dosa.. 

Bukan tak boleh komen dan buat aduan.. Setiap jabatan atau agensi ada unit pengurusan aduan.. Contoh, Talian Nur 15999.. Semua aduan diuruskan dengan adil dan saksama, cepat dan pantas.. Tanpa mengaibkan sesiapa sahaja..

Kak Za nak cerita satu kisah tentang Kak Za.. Seperti biasa kitorang bergilir-gilir kena tugas jaga kaunter.. Kebetulan pada suatu hari, dengan sukarela ganti staf yang kena pergi bengkel a.k.a kursus.. Takde staf kat opis sebab ada yang terlibat dengan bengkel selama 3 hari, ada yang kena hantar barang  projek 1 AZAM, ada yang pergi ke ibupejabat, mahkamah, siasat kes urgent dan macam-macam la tugas staf.. Lagi penat oooo... Pendek kata Kak Za sorang je pada hari tu..

Biasanya hari Ahad memang ramai klien yang datang.. Klien yang datang pulak pelbagai ragam.. Bunyi telefon pulak tak henti-henti.. Kat kaunter ofis ada 2 buah telefon pulak tu... Mana nak layan telefon lagi, mana nak layan orang yang datang lagi..

Dari rumah lagi Kak Za berdoa agar hari ni tak de klien yg 'meto'.. Semua klien yang 'juruh-juruh' aje..Mujur la takde..hehe.. Agaknya diorang kesian kat Kak Za kot.. Ibu mengandung yang tak menang tangan.. Sebab Kak Za ada terdengar..."sabar abe. Siye ko kak kito tu"..

Kak Za  beringat dah dalam tutur kata.. Lain orang lain hatinya.. Lain kita bagitau lain dia faham..  Bukan la bermaksud Kak Za nak tunjuk baik.. Tapi tak nak menambah beban boss dan big boss dengan aduan tentang staf..

Sebenarnya Kak Za nak bagitau, kita sebagai klien@pelanggan kalau  berurusan dengan baik, tanya dengan baik, dengar molek khidmat nasihat petugas kaunter, kan senang.. Petugas kaunter pun senang hati dan rela berkhidmat dengan sepenuh jiwa raga.. Walaupun masa tu ramai orang, petugas kaunter tetap tak rasa terbeban.. 

Kak Za pun selalu juga berurusan dengan kaunter pejabat lain.. Tak kira la... bank, pejabat pos, klinik.. Sekecil-kecil pekhidmatan yang diberikan, tetap ucap terima kasih.. Ucapan terima kasih tu pengikat jiwa..  Kalau Kak Za lah, cukup segan kalau ke pejabat @ kaunter lain,  tunjuk perangai tak elok seperti marah kat petugas kaunter ke atau apa-apa la.. Kalau ada rasa tak puas hati sikit tu, Kak Za maafkan aje.. 

Sebab Kak Za bukan bawa status diri  sendiri.. Ad status lain juga. Status sebagai anak, isteri, ibu.. Nanti orang kata "mak ayah tak ajar ko?" 

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com