ADUHAI MENANTUKU SAYANG - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: ADUHAI MENANTUKU SAYANG

Saturday, June 1, 2019

ADUHAI MENANTUKU SAYANG

Masih terlalu awal nak bercerita tentang menantu. Anak-anak masih dibangku sekolah. Panjang lagi masa depan mereka. Tapi masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik, tup-tup, pasti akan tiba juga "umi, abi, nak kawen". Jangan abi korang pula yang cakap, "abang nak kawen". Hehehe.

Che kak tak nak letak syarat menantu che kak mesti begitu begini. Serah saje la pada jodoh mereka yang telah Allah aturkan.

Tak pandai masak takpe. Boleh belajar. Tak kerja takpe. Pandai la suami depa bagi makan. Tak belajar tinggi takpe. Semua tu rezeki Allah jua yang bagi. Cuma che kak mengharapkan sangat agar menantu-menantu che kak ada sikap rajin. 

Banyak dah che kak saksikan betapa ibu-ibu mertua menangis dalam hati. Menantu tak tolong basuh pinggan mangkuk puyuk belanga dalam sink. Menantu tak tolong kemas meja makan selepas makan. Menantu tak tolong sidai kain baju. Menantu tak tolong sapu sampah. Menantu tak tolong buang pampers anak dalam bilik air. 

Celik mata, makan. Siap makan, masuk dalam bilik. Uishh minta jauh la dapat menantu macam tu. 

Ada anak menantu beriya nak buat majlis hari jadi anak-anak. Tup-tup si mertua ni la yang terkontang kanting seorang diri kena kemas segalanya. Anak menantu dah say bye bye masuk dalam bilik. 

Kalau che kak dapat menantu macam tu, maka kena makan kaki che kak ler. Boleh blah dari rumah che kak.

Ringan-ringankanlah mulut tanya "umi nak makan ape. Umi, macamana nak masak ikan singgang. Umi macamana nak buat sambal belacan." Pasti mertua akan rasa seronok ada menantu macam tu. 

Kalau ada kain baju dalam mesin basuh, tolong la basuh. Bukannya berat sangat jari tu nak tekan butang on. Tolong la sidai juga. 

Kepada anak kita yang dah jadi suami, tolong la nasihatkan juga isteri. Cakap baik-baik dengan isteri. "Jom kita tolong umi masak. Jom kita tolong umi basuh. Jom kita tolong umi kemas rumah". 

Kalau penat sangat sampai tak mampu nak tolong, bagitau elok-elok, nak rehat kejap.

Kalau rasa tak boleh buat semua tu, silalah duk rumah sewa. Duduklah berdua tanpa gangguan. Dapur, rumah, bilik air, periuk belanga berkulat pun takde orang nak peduli dan sakit hati dah.






No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com