BUKAN TERIMA KASIH KAMI DAMBAKAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BUKAN TERIMA KASIH KAMI DAMBAKAN

Saturday, June 1, 2019

BUKAN TERIMA KASIH KAMI DAMBAKAN

Hari ni duty kaunter. Cuba juga la praktikkan ilmu sepanjang kursus minggu lepas. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah. Biar berbaloi dengan pengorbanan penat lelah rakan setugas yang bawa kuda biru che kak.

Ada seorang makcik , 2 3 kali ucapkan terima kasih sebelum keluar dari ofis. Lepas tu call pula untuk ucapkan terima kasih sekali lagi. Kembang bunga dalam taman. Che kak tak tolong pun. Hanya jadi tukang dengar dan sesekali cuba nasihatkan makcik apabila nampak dia bersedia untuk mendengar khidmat nasihat che kak.

Lega betul apabila dia dah meluahkan perasaannya sebagai seorang ibu. Walaupun dia dah tua, hati seorang ibu, tetap melihat anaknya sebagai kanak-kanak yang perlu dilindungi. Lebih-lebih lagi anaknya adalah seorang OKU.

Malas nak taip kisah makcik dengan anaknya. Biar la ianya menjadi lipatan sejarah untuk che kak. Kan jadi cerpen pulak.

Makcik, bukan che kak yang baik. Tapi makcik yang baik. Baik sangat.  Sentiasa berlapang dada dengan petugas kaunter macam che kak. Che kak pun rasa lega kerana makcik keluar dengan hati yang sangat lapang.

Sebelum pergi kursus, che kak frust dengan seorang makcik yang lain. Belum apa-apa, dah tuduh jey key em tak masukkan duit bantuan ke akaunnya. Apabila semak penyata akaun, dah terang lagi suluh ada dinyatakan duit jey key em telah dikreditkan ke akaunnya. Sama dengan jumlah RM dan tarikh sebagaimana dalam sistem. Dah bercampur aduk dengan duit lain, mana la nak nampak duit bantuan.

Penat che kak terangkan pada makcik dan siap tolong kira jumlah duit masuk dan duit keluar. Che kak tahu, makcik faham sebenarnya.

Che kak syorkan, akaun bank untuk duit bantuan, lebih baik tidak dicampur aduk dengan duit lain.

Che kak nampak pada renungan matanya bahawa dia faham "duit bantuan, aku dah ambil untuk belanja rupanya". Tapi tak nak berlapang dada dan membuka ruang hati untuk terima hakikat bahawa duit dalam akaun dah habis 'dicucuk'.

Bukan ucapan terima kasih yang kami dambakan. Cukup la datang penuh berhemah dan pulang dengan rasa hati yang lapang.







No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com