WAJARKAH CERAIKAN ISTERI YANG SEDANG HAMIL DEMI WANITA LAIN? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: WAJARKAH CERAIKAN ISTERI YANG SEDANG HAMIL DEMI WANITA LAIN?

Saturday, June 1, 2019

WAJARKAH CERAIKAN ISTERI YANG SEDANG HAMIL DEMI WANITA LAIN?

Sedih molek sero baca kisah isteri diceraikan semasa hamil. Walaupun talak ditangan suami, tapi itu bukan bermakna suami sesuka hati boleh guna vetonya walaupun dicabar si isteri. Sebab tu la isteri takde kuasa talak. Hari-hari mau jatuh talak buat suami kalau isteri ada kuasa talak.

Kalau si isteri pendek akal, si suami jangan la takde akal dek kerana nafsu.

Isteri adalah amanah. Takde rasa simpati langsung kepada isteri yang hamil. Dah la baru kahwin. Tak kasihankah pada anak dalam kandungan. Takpelah. Dunia ni umpama roda. Hari ni kau duk kat atas roda. Nanti kau pula kena lenyek dengan roda juga. 

Jodoh di tangan Tuhan. Poligami halal. Tak de salah pun nak berpoligami. Tapi jangan la bina masjid baru atas keruntuhan masjid lain. Sama-samalah indahkan masjid-masjid yang ada.

Bagaimana la perasaan si isteri hamil tanpa suami. Walaupun nampak kuat, tapi hakikatnya sebagai bakal ibu, pasti nak suami di sisi. 

Hancur hati che kak bagaikan kertas A4  terpakai dibakar menjadi abu berterbangan ditiup angin.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com