BAGAIMANA CARA ORANG MISKIN BOLEH BERSEDEKAH - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAGAIMANA CARA ORANG MISKIN BOLEH BERSEDEKAH

Saturday, June 1, 2019

BAGAIMANA CARA ORANG MISKIN BOLEH BERSEDEKAH

Ramadhan tahun lalu, che kak berkesempatan berpuasa dan menunaikan umrah di tanah haram.  Rezeki dan nikmat Allah akan che kak kenang sampai hayat che kak. 

Kat sana, berlumba-lumba tetamu Allah buat kebaikan dan pahala. Berlumba-lumba bersedekah. Ada yang bagi duit kat kedai makan, dan pemilik kedai makan akan masak untuk diagihkan kepada jemaah.

Ada yang beli sejadah dan diagihkan kepada jemaah semasa nak solat. Ada yang beli makanan burung sebab kat sana banyak burung. 

Ada yang agihkan plastik untuk simpan selipar dan kasut. Biskut, kurma, dan pelbagai jenis makanan dan minuman.

Ada yang sedekah kat cleaner. Menurut ustaz, cleaner kat sana memang orang susah. Kalau boleh elakkan sedekah kat orang yang berkeliaran kat luar masjid dan hotel sebab ramai sindiket.

Pendek kata, memang orang berlumba-lumba membuat kebaikan bersedekah. Suasana nak menyambut raya takde langsung.

Walaupun kita tak punya harta dan wang yang banyak, kita pun boleh bersedekah. Ikut kemampuan masing-masing.

Kita ada kudrat, sedekahkan tenaga kita bersihkan masjid, surau dan kubur. Sedekahkan tenaga kita ke arah perkara yang bermanfaat.

Sedekahkan bacaaan alquran untuk ibubapa kita. Paling simple pun surah Al Fatihah.

Sebagai peniaga, kita boleh sedekahkan jualan kita. Seronok tau kalau peniaga bagi lebih walaupun hanya bagi 6 biji cili padi. Seronok tu lain macam dan kita pun akan doakan semoga peniaga ni dimurahkan rezeki.

Sampai sekarang che kak masih teringat kisah silam che kak. Masa che kak balik kampung, singgah kat bazar ramadhan Gua Musang. Masa tu che kak kerja kat Key Ell. 

Azan dah berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa. Maka che kak beli nasi kerabu. Kerak nasi je pun. Ulam dah habis. Lauknya kepala sotong. Che kak faham, makanan mestilah dah habis. Che kak beli pun sebab nak ambik syarat berbuka puasa. Harga 2 bungkus nasi kerabu tak lengkap saat azan berkumandang, Masya Allah! Menitis air mata.

Bukan che kak tak mampu bayar. Tapi sedih apabila akalnya hanya nampak duit je. Tak nampak pahala apabila bagi orang berbuka puasa. Kalau kito gak pade wi sajo jah kato ore.

Kalau nak sedekah pakaian, sedekahkan kain baju yang masih elok dan cantik. Asingkan siap--siap. Bungkus elok-elok.  Pernah che kak jumpa seluar dalam koyak dalam plastik pakaian kononnya nak disedekahkan. Asal almari dia clear je. Baik korang buang terus dalam tong sampah kalau kain buruk kat rumah che kak lagi cantik.

Sedekah paling seronok kita buat, bertukar-tukar juadah dengan jiran. Best kan. Zaman sekarang banyak tukar menu kat henpon je. Tukar dalam wasap, fb, ig. Kihkihkih. 

Juadah pun tak semestinya grand. Dapat lauk ikan singgang pun best juga. Orang macam che kak, dapat kuih beledo kosong pun rasa syukur sangat.

Sedekah ni umpama kita ada sekeping roti. Separuh kita makan sebab keperluan asas kita pun kena jaga. Separuh lagi kita bagi orang lain makan. 



No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com