AIB DIRI SENDIRI - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: AIB DIRI SENDIRI

Wednesday, December 9, 2020

AIB DIRI SENDIRI

 Hari ni tazkirah tajuk "Aib Diri Sendiri" 


Ustaz Manis fm bagitau aib ni maksudnya kekurangan. Bukan malu. Kita cek aib kita sendiri bukan aib orang. 


Bagaimana cara kita nak tahu aib kita dan cara nak baiki aib kita. 


Che kak tak ingat nama kitab yang ustaz sebut tadi. Tapi sempat la ingat apa yang Imam Ghazali ada mengatakan cara-cara nak tahu aib kita. 


Ada 4 cara kita nak tahu aib kita. 


Kita kena bersama tok guru. Tok guru lebih tahu tentang kekurangan kita. Maka tok guru akan tegur kekurangan kita. 


Tapi apabila tok guru tegur aib kita, jangan la pula kita lawan balik. Dengar la apa kata tok guru. Tok guru tegur kita sebab sayang kat kita. 


Allah bagi kelebihan tok guru tengok kekurangan dan kelebihan anak muridnya. 


Selain tok guru, sahabat soleh juga memainkan peranan penting melihat aib kita. Sahabat soleh akan tegur sebab sayang kat kita dunia akhirat. 


Sahabat soleh akan tegur aib kita depan-depan kita bukan dengan cara post dalam medsoc, bukan dengan cara tegur depan orang memalukan kita dan bukan dengan cara mengumpat. 


Contoh sahabat soleh tegur aib, kita ni contohnya dah rajin gi solat jemaah kat masjid. Tapi hutang orang tak bayar. Jadi sahabat soleh suruh kita bayar hutang orang supaya orang tak benci kat kita. 


Musuh. Ye, salah satu cara nak tahu aib kita adalah melalui musuh kita. Musuh kita memang sentiasa mencari salah dan aib kita.


Sekiranya benar, cepat-cepat la ambil ikhtibar. Sekiranya tidak benar yang menjadi fitnah, kita kena   usaha jaga diri la. 


Contoh musuh kata kita makan duit rasuah atau 'paw' duit kontraktor atas sebab kita tawarkan tender projek. So, kita kena berhati-hati dan jangan buat la kesalahan yang boleh mendatangkan aib dan fitnah. 


Bergaul dengan orang adalah cara untuk kita tahu aib kita. Contohnya kita tengok orang ada wat kesalahan dan aib. Jadi kita muhasabah diri adakah kita buat juga aib seperti orang lain.


#chekakforever

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com