BERNIAGA DENGAN MODAL YANG RENDAH - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BERNIAGA DENGAN MODAL YANG RENDAH

Saturday, December 5, 2020

BERNIAGA DENGAN MODAL YANG RENDAH

 Sebanyak mana pun bantuan yang kerajaan bagi, namun ianya takkan mencukupi menampung kos sara hidup. Namun ianya dpt meringankan beban rakyat yang kebanyakannya terbeban dengan polemik covid19.


Ramai yang diberhentikan kerja kerana covid19. Yg dah berhenti kerja sebelum tu, tak diambilkira deh sebab sepatutnya mereka tahu kesan berhenti kerja tanpa perancangan kewangan yang kukuh.


Ambil la peluang bantuan yang kerajaan bagi tu, jadikan modal untuk berniaga. Sebab che kak nampak trend berniaga ni sangat membantu jana pendapatan sekarang ni. Tak kiralah berniaga apa pun. Tengok pada minat dan peluang yang ada. 


Tapi jangan sesekali terjebak dengan bisnes modal besar sampai nak berhutang dengan orang pula. Setakat bawah RM2000 ok la macam Puan Ainon cakap tu. 


Che kak dah perit sebab bagi duit simpanan dan duit Pak Lah bagi kat penjawat awam dulu kat member sebab dia nak wat bisnes.


Bayangkan dah berapa orang Perdana Menteri, tapi hutang che kak masih belum bayar. Sesungguhnya mmg che kak tak halalkan. Kot  dia la  roh dia nak melayang2 antara dunia dan langit sbb hutang tak bayar. 😜


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com