PUNCA DAN CARA PENYELESAIAN STRESS - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PUNCA DAN CARA PENYELESAIAN STRESS

Tuesday, December 8, 2020

PUNCA DAN CARA PENYELESAIAN STRESS

 Tadi dengar perkongsian dari ustaz Manis fm tentang Punca dan Penyelesaian Stress.


Kehidupan seharian kita ni memang la stress memanjang. Stress hadap jem contohnya. Stress dengan rakan kerja, boss, suami, isteri, anak dan macam-macam lagi la.


Ramai yang meluahkan stress kat medsoc. Dari nak lepas stress jadi bertambah stress pulak lepas tulis medsoc sebab orang duk komen macam-macam🤣🤣


Selain punca stress dari persekitaran, ada juga punca stress diri sendiri. Kita terlalu nak kesempurnaan. Perfectionist.


Kita terlalu nak sempurna contohnya nak anak dapat markah 100%. Nak suami yang perfect. Nak isteri yang perfect. Nak apa-apa semua mesti perfect la. Tu yang jadi stress.


Apabila kita stress, ianya menyebabkan pelbagai penyakit fizikal dan psikologi.


Jadi bagaimana cara penyelesaiannya?


Cek balik solat kita. Adakah sempurna? Hati yang tenang berpunca daripada solat yang sempurna. Sempurna ni ambil kira semua aspek la. Solat awal waktu, kusyuk, bersih.


Cek balik dosa kita. Takde istilah dosa kecil kalau berterusan buat dosa.


Takde istilah dosa besar kalau kita sentiasa bertaubat.


Dosa dengan Allah, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, jiran, makhluk Allah dan lain-lain lagi.


Sentiasa istighfar dan taubat. Kita akan sentiasa rasa bahagia dan tenang.


Perkongsian dari ustaz juga tentang doa yang boleh kita amalkan. Dalam surah Yusuf ayat 86. Meh kita sama-sama amalkan doa nabi Yaakub a.s yang sangat sedih dengan berita kematian Nabi Yusuf a.s.


#chekakforever

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com