KUIH APAM BALIK SEDAP, LEMBUT DAN KURANG MANIS - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KUIH APAM BALIK SEDAP, LEMBUT DAN KURANG MANIS

Monday, December 14, 2020

KUIH APAM BALIK SEDAP, LEMBUT DAN KURANG MANIS

 Kuih apam balik antara feveret che kak. Biasanya abang Aiman yang tolong gi beli apam balik sebab dekat dengan sekolah dia. 


1st makan tu, sedapnya. Lembut, sedap, manis sederhana yang paling penting takde rasa macam kapur tu. Apa dah nama alaaa lupa la. Baking soda ke apa nama. 


Tak pernah lagi setakat ni che kak makan sesedap rasa apam balik che adik ni. Eh tak tau la dia ni kakak ke adik🤣🤣. 



Tadi balik keje, che kak singgah beli. Sambil tu che kak berbual dengan dia. Sambil puji apam balik dia sedap. Dia senyum je la. Eh che kak ikhlas tau puji. 


Che kak tanya nama sebab teringat ustaz kata kalau tak tanya nama kita tergolong dalam golongan orang yang zalim. 😅


Che kak tanya juga, jual kat pasar malam juga ke? Katanya dulu jual nasi. Tapi sejak PKP dia tak jual dah sebab susah dengan anak kecik. 


Mungkin tak leh bawa baby dan takde orang jaga masa dia nak keluar berniaga. 


Eh 'lapar bual' la pulak. 🤣🤣


Tapi bagusnya dia jual depan rumah. Walaupun dalam kampung je pun. 


Sedap dan murah orang beli je, kan. 


Nampak la usaha dia cari pendapatan walaupun PKP.


Che kak support la sebab sedap. 

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com