RUTIN HIDUP - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: RUTIN HIDUP

Saturday, January 9, 2021

RUTIN HIDUP

 Rutin hari ini. Selepas solat Subuh baca Yaasin sebab rindu sangat kat tok nenek moyang. Rindu kat arwoh mok, tok chek, mok wo, tok chek awe, tok do.


Masa kecik dulu, che kak memang rapat. Balik kampung dulu lebih suka ikut arwoh mok gi derak daripada main ngan budak2😂.


Lepas tu lipat kain. Abang Nan rajin tolong lipat juga sebab dia je tak tido lepas Subuh.


Lepas tu sapu rumah. Ingat nak cuci toilet tapi rasa malas la pulak. Tiberr. 😂 Semangat saje tak menghalalkan cara. 😝


Lepas tu gi pasar tani. Tak tau nak beli apa. Beli kuih benderam dengan kulat sisir je. 


Suami suruh pegang tangan dia. Ya Tuhan malu wei. Sokmo gitu. Pegang juga la. Daripada dia pegang pompuan lain baik kita pegang tangan dia. Tangan yang akan bawa kita ke syurga. 


Sorang rock sorang warok. Sorang tinggi sorang rendah. Sorang kurus sorang bulat. 😜


Alang2 dekat dengan JnT, terus pos barang Forever. Rezeki jangan ditolak. Sambil2 guna sambil juai juga. Dapat juga untung runcit. 


Lepas tu kawan lama che kak mai rumah. Sebab tu rajin lipat kain dan sapu rumah pepagi buta. 😝


Okeylah. Nak maghrib dah. Sambung pulak karang. Kang bising pulak duk hadap tepon lagi. 😂


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com