PENUTUP TIRAI 2020 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENUTUP TIRAI 2020

Friday, January 1, 2021

PENUTUP TIRAI 2020

 Alhamdulillah penutup tahun 2020.


Tiada yang lebih indah sebagai ketua unit Kebajikan Produktif apabila rakan2 sekerja sentiasa bagi kerjasama siapkan penyata bayaran setiap bulan mengikut due date.


18 tahun keje, 13 tahun che kak hadap unit berkaitan bantuan walaupun nama unit tak tau berapa kali dah tukar. Unit Perkhidmatan Bantuan (PB), Unit Sosioekonomi dan Bantuan (EB), unit Kebajikan Produktif (PW @ KP).


Selebihnya setahun kat unit Kanak2  sebagai pelindung kat JKMWPKL dan 4 tahun unit OKU.


Dapat boss yang sentiasa menyokong dan menjadi tongkat che kak apabila che kak nak tumbang atau rebah.


Time keje, kita keje. Time horrey kita horrey. Time kena tegur sebagai staf kita kena hormat teguran dan pandangan ketua kita. Time kita jadi bahu, kita hulur la bahu dan telinga kita. 


Anak2 buah che kak  yang sentiasa bagi komitmen. Kena dengar juga pandangan depa. 


Rakan2 sepejabat walaupun berlainan unit tetap beri kerjasama yang terbaik. Ye la, depa pun sibuk juga dengan tugasan unit depa.


Berilah kebebasan bagaimana mereka nak handle kerja mereka selagi tak melanggar dasar jabatan, SOP dan ISO.


Kalau che kak cakap nak baucerrrrrr. Eh memang depa 👍. 


Pengajaran yang che kak dapat sepanjang 18 tahun, kena kerja smart. Kalau kerja sampai ke tengah malam pun berkawan dengan bunyi2an kat bilik fail sekalipun belum tentu hasilnya produktif.


Kadang2 sama je hasilnya dengan orang yang keje balik on time. 


Nilai dan tengoklah anak2 buah atau rakan sekerja dengan melihat kelebihannya. Jangan terlalu teropong pada kekurangannya. 


Sebab itulah kena amalkan teamwork. 


Bagi che kak, cukuplah asalkan bayaran dapat dikreditkan ke akaun pada masa yang ditetapkan dan tiada kes pecah amanah pun dah satu rahmat. 



#rutinchekakforever









No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com