HANDBAG BARU - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: HANDBAG BARU

Friday, January 1, 2021

HANDBAG BARU

 Sape kenal che kak, memang tahu ler che kak ni pakai satu hand bag je selagi tak keluar isi dalam. 


Takde koleksi handbag walaupun orang cakap gaji ribu riban takleh nok beli beg sutir. 


Che kak tak kesah gi pasar tani hinggalah ke mana2 sekalipun, hand bag yang sama je la che kak pakai selagi tak keluar isi dalam.


Gi miting kat hq pun che kak tak kesah pakai hand bag yang berconteng abc oleh budak bertuah Awaatif. 


Kalau segan sangat, che kak nyorok dalam celah kain tudung labuh che kak. 


Che kak tak kesah pakai hand bag yang talinya dah 3 kali ikat dengan cable tie. 


Semalam keluar je dari kedai eco, dumm tercabut tali handbag yang memang tak leh nak sambung dah. 


Balik umah, suami perasan tali tercabut, lepas tu dia ikat dengan cable tie. 


Okey la buleh pakai lagi gi keje esok. 


Gi keje macam biasa, tak ingat dah kat handbag sebab bizi dengan persiapan untuk sedia penyata bayaran bulan Januari 2021. 


Gi keluar makan macam biasa je sebab handbag masih tersangkut di bahu dengan kemas tanpa jatuh terjunam. 


Hebatkan macgyver soft field village. 😜


Balik dari keje....... 


Umiiii, abi beli beg kat umi. 


Seumur hidup che kak, memang che kak tak pernah beli handbag. 


Kalau tak kerana Che Esah yang bagi, dah tentu teman syurga che kak tak suka tengok che kak bawa handbag buruk. 


#chekakforever




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com