SENTIASA BERSYUKUR - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SENTIASA BERSYUKUR

Saturday, January 9, 2021

SENTIASA BERSYUKUR

 Alhamdulillah hari ni masih lagi berkesempatan bayar hutang Allah.


Sibuk duk pikir bila orang nak bayar hutang kita. Hutang Allah dah bayar belum.


Tak yah la susah2 duk pikir bila orang nak bayar hutang. Ada rezeki, ada la.


Eh mana buleh macam tu che kak. Depa sibuk duk post dalam ig gi makan kat kedai la. Gi jalan2 la. Jalan2 pun pakai duit isi minyak juga che kak oi walaupun tak nak sopim.


Mmm betul tu. Che kak pun tak paham kata takde duit tapi gi Langkawi la, cameren hailend la. 


Wakaka.


Takpe la. Jangan rosakkan diri dan hati kita kerana orang lain, hokey. Belajar la move on. Jangan mengharap pada yang tak sudi bayar hutang kita.


Walaupun kita hanya bukak pose dengan ikan sardin dan telur dadar je, syukur lah. Ada juga rezeki. Ikan sardin dan telur mahal oooo. Ikan masin pun mahal wei. 


Syukur la masih ada keje dan dapat gaji setiap bulan.


Walaupun kita bersengkang mata gi keje cari rezeki, orang lain terkangkang tido sebab tak keje, syukur la.


Keje la apa pun asal halal dan berkat. Nak citer bab berkat pun tak abes jugak ni.


Sebab tu che kak malas nak tengok shoppe. Giler betul juai harga rendah giler dari harga ejen. Tak berkat rezeki main harga macam tu. 


Apa yang kita boleh buat, sentiasa yakin dengan rezeki Allah nak bagi kat kita. Tapi kena usaha la. Post sharing kat medsoc sekali seminggu nak suruh Allah bagi rezeki juta2🤣. 


Bab nak layan klien pun satu hal. Sakit jiwa raga dibuatnya. Buat kita ni macam hamba depa. Marah kat kita dan quiri keje kita sampai terjojol biji mata. 


Duit bantuan kerajaan bagi dah macam depa anggap duit pusaka bapak depa pula. 


Jangan la macam tu. Syukur la ada bantuan untuk ringankan beban kita. 


Kami tak minta ucapan terima kasih. Cuma kami mengharapkan biar la ada budi bahasa dalam percakapan tu. Kami pun manusia biasa ada hati perasaan juga. 


Takpe la che kak. Syukur la kita ada keje, ada income. Balik keje juai poduk forever pula nak tambah income. 


Settle hutang bank, boleh ler pencen awal. 🤣


Kadang2 sempat juga che kak bagi nasihat kat orang muda. Umur baru 20 an 30 an duk saja kat umah. 


Alasan tak keje sebab jaga anak kecik. Anak baru sorang dua. 


Usahalah. Bukan kena keje dengan syarikat baru nak dinamakan keje. Usaha tambah kemahiran juai kuih juai nasi lemak kat depan rumah atau letak kat kedai kopi. 


Juai online pun boleh. Jadi dropship poduk ke. Yang penting jangan royak duk sajo dumoh sebab takde keje dan payah anok kecik. 


Okey lah. Duk membebel pulak pagi ni😜 Konon nak pomote aloe vera gel dengan madu yang che kak minum masa sahur tadi. Terlebih pulak membebel🤣



No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com