SELAMAT HARI LAHIR KE 45 TAHUN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SELAMAT HARI LAHIR KE 45 TAHUN

Sunday, February 18, 2024

SELAMAT HARI LAHIR KE 45 TAHUN

Happy besday to me yang ke 45 tahun. (12.2.2024) Syukur dengan rezeki dan nikmat Allah yang tak terhitung dengan jari. Infiniti. 


Nak tulis panjang ucapan hari jadi kali ni. Kek takde lagi. Suami pun lambat wish besday pagi tadi. Biasanya pukul 12 tgh malam dah wish dan kucup dahi. Tapi hari ini, "bakpo abang lambat wish hari ini?" Mulalah kita ni rasa overthinking. Hihi. 


Rezeki dan nikmat dilahirkan dalam agama Islam dan semoga matiku juga dalam iman dan Islam. Semoga Allah merahmati dan memberkati amalan baik kita. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita, sesungguhnya kita tak lari dari dosa. Dosa pada Allah boleh minta ampun, dosa ngan manusia, sampai mati pun tak lepas lagi. 


Syukur alhamdulillah dikurniakan ibubapa yang sangat baik dan bersusah payah membesarkan che kak sehingga dewasa. Bukan mudah untuk menjaga dan membesarkan anak yang sakit jantung sejak lahir lagi.


Mereka tak kaya tapi sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Bukan sedikit pengorbanan mereka. Jodoh mereka terputus di tengah jalan. Masing-masing membawa haluan sendiri. 


Sehingga kini tak mampu nak balas jasa ma dan ayah. Hanya doa yang mampu ku kirimkan supaya Allah mengurniakan syurga dan hidup mati mereka diberkati. 


Sebagai kakak sulung, che kak sangat sayang pada adik-adik che kak. Kak ngoh, awe, che teh, pujan, che cu. Sedikit garang tapi percayalah hati kak long penuh dengan taman. Sesungguhnya sebusuk manapun adik beradik, ianya tetap mempunyai hubungan darah yang sama. Darah korang jenis apa, kak long jenis B.


Syukur Ya Allah kerana dikurniakan jodoh dengan Fazdrul Arman Ibrahim. Suatu ketika dulu, sentiasa solat hajat agar dikurniakan jodoh yang tak hisap rokok dan jaga solat. Dapat yang jenis rock pun takpelah Ya Allah. Rupanya lebih daripada itu yang che kak dapat. Tak romantis tapi pandai serba serbi. Jangan minta nak kahwin lagi sebab che kak tak mau kongsi.


Rezeki sangat dapat umi papa ipar dan biras yang sangat baik. Sentiasa saling bantu membantu antara satu sama lain. Kak Ja sayang kamu semua. Bahagia dapat melihat anak-anak saudara yang comel semuanya lebih-lebih lagi pandai menghiburkan hati macam Ayubi.


Abang Aiman, abang Ahyad, abe Aulia' , Kak Ilah, Bang Nan, Kakak Aimi, Aatif@adik rezeki umi dapat anak-anak seperti kalian. Tiada apa yang umi nak halalkan kerana sudah menjadi tanggungjawab dan amanah umi untuk membesarkan kalian. Semoga anak-anak berjaya cemerlang dunia dan akhirat. Hanya ilmu dan pendidikanlah yang berguna untuk kita nanti.



Duk rasa macam takde kawan. Tapi apabila ditimpa kesusahan, Allah hadirkan sahabat handai. Apabila dah menuju usia remaja purba ni, barulah kita sedar, berkawan tak semestinya kena ada geng, kumpulan yang sekepala. Tapi memadailah sahabat handai ada masa kita susah senang. Lebih-lebih lagi rakan sepejabat. Mereka umpama adik beradik kita. Bergaduh macamanapun janganlah disimpan dalam hati. 


Rezeki dalam pekerjaan. Bukan mudah juga nak bekerja di sektor awam. 4 kali temuduga akhirnya dapat juga bekerja sebagai kakitangan JKM. Nak berniaga asyik mapuh modal sebab selalu bagi free. Maklumlah kerja jiwa kebajikan selalu simpati.


Belajarlah setinggi mana yang mampu pergi. Bab rezeki bekerja nanti serah pada Allah jua. Allah yang lebih tahu apa yang baik dan sesuai untuk kita. Jangan berputus asa dan teruskan berusaha. Hidup ini singkat sangat untuk kita sia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah dan manfaat sama sekali.


Nampak bahagia di medsoc bukan bermakna takde ujian yang dilalui. Cuma lebih selesa tidak dikongsi kerana takut terjadi salah faham dan aib tersebar sendiri. Tiada masalah yang tiada penyelesaian. Bertenang, berbincang dan berkomunikasi. Sesungguhnya hargailah diri sendiri. Allah tak jadikan kita untuk sia-siakan masa depan kita sendiri.


#kongsitatikhlahirdengananaksaudaraabanghaziqbaihaqi

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com