KENAPA PERLU TUKAR TEMPAT KERJA? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA PERLU TUKAR TEMPAT KERJA?

Saturday, March 23, 2024

KENAPA PERLU TUKAR TEMPAT KERJA?

Allah jua yang menggerakkan hati. 

Borang permohonan tukar selamat diisi, kerana diri tak selamanya dipayungi, bila dengar amanat pengurusan tertinggi. 



Beri laluan staf yang dah lama berkhidmat di luar negeri. Depa juga nak merasa bekerja di negeri sendiri.


Ku pasrah pada pilihan yang tergerak di hati. Dilema namun percaya qada dan qadar Illahi.


Asalkan jangan pindah rumah tinggal anak dan suami dan bajet bulanan tak lari. 


Kerja di mana sahaja sama je SOP. Asal pandai bawa diri supaya orang tak benci.


Isi borang kena tampal gambar dan pilih yang paling cantik sekali. Guna iphone diambil 6 tahun lalu nampak sweet sekali. Walhal sekarang macam makcik jual bendi.ðŸĪŠ


Saki kepala nak demand menu apa masa majlis perpisahan dengan pengerusi kelab nanti.😆  Belum apa-apa dah berangan penangan enxiaty.


Namun jauh di sudut hati aku sayang pada ukhuwah pejabat ku ini.😔

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com