APA ADA PADA JKM PASIR PUTEH? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: APA ADA PADA JKM PASIR PUTEH?

Tuesday, March 5, 2024

APA ADA PADA JKM PASIR PUTEH?

3.3.2024 genap 11 tahun che kak bekerja di Pasir Puteh. Rasa macam baru je lagi 'mak buyung' lapor diri.


Tempat kerja yang ketiga selepas JKMWPKL selama 2 tahun dan JKM Pasir Mas selama 8 tahun.


Banyak sangat kisah suka duka kalau nak tulis di sini. 


Kenangan yang dah tercipta jadikanlah ianya sebagai sandaran untuk  kita lebih matang bagi hari yang mendatang. 



Che kak juga tidak mengharapkan agar kekal di sini sehingga pencen kerana sedar dengan polisi jabatan.


Selagi ada rezeki di sini, Insya Allah che kak akan cuba buat kerja semampu daya upaya che kak.


Che kak syukur sangat sebab boss Fiqah dan ex boss che kak En Hafiz, boss Zan dan boss Wan tersangatlah baik. Paling penting markah skt tinggi sokmo. 


Sepanjang bertugas di JKM PP, merasa juga la jaga unit OKU selama 4 tahun, Kebajikan Produktif selama 5 tahun dan terkini unit Komuniti dan Penguatkuasaan. 


Walaupun rasa tak yakin dengan kemampuan sendiri untuk kemudi dua unit ni, namun alhamdulillah dengan sokongan  boss, anak buah dan rakan sekerja, che kak usaha juga untuk laksanakan tugas hakiki ini dengan sebaik mungkin.


Sebagai ketua unit, che kak terbuka menerima pandangan daripada anak buah  selagi masih dalam rujukan sop, pto dan modul-modul berkaitan tugasan unit.


Bukan mudah untuk che kak yang berbelas tahun bertugas di belakang tabir, tiba-tiba nak kena bina hubungan dengan pihak luar.  


Tak dinafikan apabila waktu kita bersama dengan rakan sekerja pastilah akan ada seribu satu perasaan. Ada perasaan nak marah, kecil hati, menyampah, terlebih suka pun ada.


Namun ambillah masa untuk bertenang tapi janganlah berpanjangan layan perasaan negatif.


Che kak sedar diri kerana selama ini rakan sepejabat lah yang banyak membantu di kala susah dan senang.


Tiada orang yang sempurna serba serbi. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Oleh sebab itu, kita kena saling sokong menyokong antara satu sama lain. 


Jangan sesekali kita merasakan orang wajib hormat dan sanjung disebabkan usia kita.



Walaupun kakitangan ada yang muda, remaja purba, veteran namun ianya bukanlah penghalang untuk saling hormat menghormati dan bekerjasama dalam apa jua tugasan. 


Raikanlah semua rakan sekerja tak kira usia mahupun jawatan. Rasa hormat dan nak disayangi memang tak boleh dipaksa. 


Sekian ucapan.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com