WAJARKAH BAYAR YURAN TASKA KETIKA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: WAJARKAH BAYAR YURAN TASKA KETIKA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Wednesday, April 8, 2020

WAJARKAH BAYAR YURAN TASKA KETIKA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Dapat je duit gaji, terus transfer duit taska dan transit. RM500 untuk seorang anak tadika dan 3 transit.

Murah sangat kan? Tak sanggup nak minta kurang walaupun hanya 2 minggu sahaja anak gi sekolah.

Kerajaan tak potong gaji che kak. Kenapa perlu che kak berkira. Dalam rezeki che kak, ada rezeki orang lain juga.

Che kak tak nak kira kos taska. Malas la nak pening2 kepala sendiri.  Jom kita cek kos kita jaga anak sendiri masa #PKP ni. 

Kos makan minum, bil elektrik dan air, penat mengasuh walaupun anak sendiri. Berapa agaknya.

Semasa keluar bekerja, che kak bersyukur sangat ada orang tolong jaga anak kita. Penat tau jaga anak orang ni.



Che kak pernah dengar luahan hati seorang pengusaha taska. Ambil upah RM5 sehari untuk anak2 yang tumpang secara harian. 

Itupun masih ada ibu yang komplen minta kurang lagi. KOS MAKAN UNTUK ANAKNYA SEORANG PUN DAH RM10 SEHARI.  (Kuih sarapan pagi RM2, nasi pagi RM2, nasi tengahari RM3, biskut minun petang RM3. Sebab anaknya kuat makan).

Ibu tak bekalkan makanan dengan anggapan rugi pula bayar kalau kasi bekal.

Che kak bagaitau, lepas ni tak payah jaga anak dia. Biar dia sendiri yang jaga walaupun dia tengah kerja.

Kesimpulannya, jangan la berkira dengan taska mengenai yuran bulanan. 

Sekiranya ibubapa bergaji hari dan tiada sumber pendapatan semasa PKP ni, boleh bincang secara personal dengan pengusaha taska untuk minta kurangkan yuran.

Benda boleh dibawa berbincang. 






No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com