ALAHAI DATUK SERI - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: ALAHAI DATUK SERI

Friday, April 10, 2020

ALAHAI DATUK SERI

Datuk Seri telah menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dan telah memberi persepsi yang sangat buruk tentang JKM.

Apakah bukti Datuk Seri mengatakan berlakunya penyelewengan dalam memberi bekalan makanan dan mengambil bekalan tersebut untuk kegunaan sendiri?

Apakah sumber rujukan Datuk Seri dalam membuat pertuduhan yang sangat berat itu.

Membuat pertuduhan secara pukul rata itu sangat tidak profesional dan tidak sesuai dengan status 'Datuk Seri'. 

Sejujurnya Datuk Seri perlu telus dengan mengemukakan fakta dan bukti.

Sekiranya ada, mohon Datuk Seri listkan individu yang Datuk Seri maksudkan dan serahkan kepada pihak Jabatan untuk menentukan penyelewengan tersebut.

Adakah Datuk Seri ikhlas memberi pandangan tanpa sebarang motif dan matlamat peribadi?

Adakah Datuk Seri telah turun padang bersama warga JKM bagi melihat dan menilai dengan setulus hati tentang gerak kerja JKM?

Walaupun hati kami terluka dengan tuduhan Datuk Seri, namun kerana Motto "Berkat Berjasa" ini membuatkan kami tetap melaksanakan tanggungjawab kepada kumpulan sasar kami.

Ini hanya pandangan dan luahan hati secara peribadi che kak dan tidak mewakili jabatan.



No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com