WABAK APA YANG LAGI BAHAYA DARI COVID-19 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: WABAK APA YANG LAGI BAHAYA DARI COVID-19

Wednesday, April 8, 2020

WABAK APA YANG LAGI BAHAYA DARI COVID-19

Kalau anda rasa anda seorang sahaja yang bekerja memikirkan masalah rakyat..

Kalau anda rasa anda sahaja yang buat pahala bantu orang susah dengan bagi sekampit beras...

Kalau anda rasa anda sahaja yang ada jiwa rakyat...

Kalau anda rasa anda sahaja yang penat ke hulu ke hilir siang dan malam mencari orang susah...

Kalau anda rasa poket anda dah rabak sebab beli beras bagi pada orang susah..

Terpulang pada anda yang  anda rasa sangat berhati suci..

Tapi...

Jangan lah sesekali dalam hati anda ada sekelumit pun perasaan riak...

Jangan sesekali ada perasaan seolah2 anda sorang sahaja yang membuat amal jariah..

Jangan sesekali anda berfikiran buruk pada orang lain..

Jangan sesekali anda menyebar wabak yang lagi bahaya daripada wabak COVID19.



Jangan sesekali menyebar fitnah tanpa bukti..

Wabak fitnah sukar dibendung sehingga Hari Perhitungan..

Selain berperang dengan musuh yang tak nampak...

Sangat penat berperang dengan perasaan jahat pembawa fitnah..

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com