NASIB BAIK ADA ARTIS VETERAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: NASIB BAIK ADA ARTIS VETERAN

Wednesday, April 8, 2020

NASIB BAIK ADA ARTIS VETERAN

Taip padam taip padam. Bukan apa takut kena saman je. Tapi che kak rasa nak tulis juga.

Untungkan artis. Depa tulis wat orang panas pedal takpe pulak. Kalau netizen komen, aikkk boleh pula nak saman orang.

Artis merupakan satu pekerjaan yang mampu menjana pendapatan. Macam orang bisnes juga la, contohnya bisnes produk dan perkhidmatan. Manakala artis ni pula bisnes yang menawarkan perkhidmatan bakat.


Itupun kalau berbakat la. Zaman sekarang ni banyak artis yang femes hanya bersandarkan cerita tunang, putus tunang, kawen cerai, curang, pakai tudung, buka tudung. Jarang benar yang femes bersandarkan bakat.

Nasib baik ada artis otai, rasa terhibur juga layan lagu2 lama dan filem2 lama.

Nak kata terhibur dengan nyanyian, bukan semua ada bakat penghibur seperti Naqiu.

Nak kata lakonan best, ramai yang berlakon kayu. Nasib baik filem Polis Evo best juga.

Drama pula asyik cerita projek juta2 dan anak orang kaya ngorat anak orang miskin.

Nak kata lawak best. Banyak lawak yang dibuat2. Tak berapa nak lawak.

Tapi kita layan je apa yang artis buat. Nanti kata tak sokong artis Malaysia pula.

Memandangkan jatuh bangunnya artis ni kerana rakyat, jadi jangan la ego. Nanti tak laku pula jual bakat.
Dunia ni ibarat roda berputar. Sementara masih laku dalam industri seni, lebih baik buat duit dan simpan duit banyak untuk hari kecemasan dan hari tua nanti.


layan Rambo lagi best. gambar ihsan google

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com