SIAPAKAH PENGHUNI RUMAH BESAR - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SIAPAKAH PENGHUNI RUMAH BESAR

Wednesday, April 8, 2020

SIAPAKAH PENGHUNI RUMAH BESAR

Eh betul ke ni rumah Muhammad (bukan nama sebenar). Besar gedabak rumah. Kenapa mohon bantuan?

Dengan lafaz bismillah, ucapan salam diberikan. Maka seorang warga emas keluar menyahut salam.

Maka panjang lebar lah kami berbual2. Berbual sebagai satu cara untuk mendapatkan maklumat bagi mengenalpasti permasalahan klien.

Rumah besar dibina semasa dia masih muda sihat walafiat. Bekerja, simpan duit, bina rumah sedikit demi sedikit. Buat rumah besar dengan niat nak ajak kawan2 senasib tinggal bersama.

Muhammad merupakan warga emas yang tidak pernah berkahwin, tiada zuriat. Duit simpanan dah habis. Sakit yang memerlukan rawatan. Nak kerja, dah tak mampu.

Tinggal bersama 3 orang rakan yang dah tua dan tak berdaya untuk bekerja lagi. Tapi terpaksa juga kutip tin minuman untuk dijual bagi menampung makan minum seharian.

Pada masa tu, mana ada Br1M, BSH nak wat tampung belanja.

Sempat juga tunjuk gulai ayam 'bodo' , dah 3 hari lauk ayam dipanaskan sebab nak jimat cermat. Makan bercatu.

Persoalannya, perlukah pakcik Muhammad robohkan rumah tersebut dan makan batu bata simen rumah untuk wat alas perut?

Kena jual?? Apa kejadah kena jualkan? Nak suruh mereka duduk orang rumah tua?

Sama juga dengan ibu tunggal kematian suami. Masih mempunyai tanggungan. Selama ini suami tempat pergantungan. Wajarkah anak yatim dibiarkan kelaparan hanya kerana rumah dan kereta tersergam indah di bawah garaj.

Kalau ye pun arwah suami berharta, sudah tentu mengambil masa untuk selesaikan faraid.

Jangan terus menghukum. Perlunya bertanya khabar pada tuan badan dan pemberi sumbangan.

Che kak yakin setiap ketua kampung, ahli dun, ahli parlimen mempunyai data yang lengkap mengenai anak mukimnya.

Yang mana layak, yang mana tidak layak, biar la mereka yang tentukan siapa yang patut dapat beras. Beras je kot. Jangan la kerana sekampit beras, kita telah membuka ruang fitnah.

Nak bagi beras pun tak yah la nak bergambar bagai untuk tontonan.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com