MASJID TANAH, MELAKA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: MASJID TANAH, MELAKA

Sunday, June 19, 2022

MASJID TANAH, MELAKA

 Dah lama tak berkursus secara bersemuka. Apatah lagi keluar negeri.


Atas asbab ganti kawan, maka sampai la juga kat Masjid Tanah Melaka. Tempat jatuh lagikan dikenang. Ini kan pula tempat kami suami isteri PJJ.


Masa lalu kat bandar Masjid Tanah tadi, che kak cuba ingat kembali memori dulu. Cuba juga intai kat mana stesen bas. Tapi tak nampak la pula.


Setiap hari Jumaat, pasti ada seorang suami setia tunggu isteri tiba di stesen bas.


Begitu juga la hari Ahad pasti ada seorang suami setia hantar isteri nak balik ke KL. Tiket tak silap masa tu rm8 sehala. Sekarang ni tak tahu la berapa.


Sampai je kat Kompleks Falak Al khawarizmi ,terus join kursus sebab kursus start hari ini. 


Badan penat, otak blur, nasib baik tak mengantuk je sebab sesi ni sangat enjoy.



Ops lupa pula nak citer masa tengahari tadi singgah makan kat depan Pejabat JKM Gua Musang. Sedap tau gulai ikan keli dan sayur goreng pucuk paku. Harga pun murah tau.


Eh eh syok la diorang staf JKM Gua Musang, kedai eco sebelah ofis diorang je.😆




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com