KEPUTUSAN SPM 2021 ABANG AIMAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KEPUTUSAN SPM 2021 ABANG AIMAN

Sunday, June 19, 2022

KEPUTUSAN SPM 2021 ABANG AIMAN

 Rasa tak lengkap kalau tak tulis panjang-panjang kat mukabuku che kak ni😂.


Kenangan biasa-biasa pun che kak tulis apatah lagi kenangan hari ini.


Pagi tadi berdebar juga sebab abang Aiman tak bagi cek online. Tunggu pengumuman oleh mudir sekolah.


Tapi kan,kacau betul la nazir mai kat sekolah hari ni😂😂. Macam takde hari lain nak wat naziran😆.  Lebih kurang Pukul 12.30 tgh juga baru buat pengumuman.


Alhamdulillah. Menulis kisah kejayaan anakanda abang Aiman ni bukanlah bermaksud nak riak. 


Hanya sekadar nak rai dan sebagai tanda kita sangat berterima kasih atas penat lelah usahanya.


Sangat mencabar sebab belajar dalam eddah PKP. Belajar melalui online pun tidak sesempurna belajar dalam kelas. Line "tak gagoh" di kawasan rumah ni.


Seminggu sebelum mula peperiksaan, abang Aiman dijangkiti covid-19 pula. 


Lepas tu 3 paper kena tulis dengan tangan kiri sebab tangan kanan patah. Jawab exam dalam wad hospital.


Kecederaannya sangat teruk. Alhamdulillah dah semakin pulih namun masih perlu jumpa doktor pakar.


Namun che kak tetap anggap itu adalah pengalaman yang dilalui oleh abang Aiman. Anggap la sebagai kenangan dan pengalaman.


Kan manis akhirnya selepas dapat hasil. 🥰🥰


Alhamdulillah, seronok tengok wajah-wajah cikgu yang zahirkan rasa syukur dan gembira terhadap kejayaan pelajar. 


Cikgu telah berusaha dan bertungkus lumus bantu abang Aiman dan pelajar yang lain walaupun serba kekurangan. 


Hanya Allah yang dapat balas jasa cikgu Sek Men Ugama Taqaddumil Ilmi, Ketereh.

Coretan 16.6.2022 (Khamis)






No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com