BERPANTANG SELEPAS BERSALIN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Sunday, June 19, 2022

BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

 Isu berpantang ni bagaikan tiada titik noktah antara berpantang secara tradisional dan moden.


Pendapat che kak, berpantang selepas bersalin ni adalah waktu untuk ibu-ibu berehat, belai diri untuk pulihkan emosi dan fizikal selepas bertarung nyawa melahirkan zuriat.


Yang penting kita sihat mental dan fizikal sepanjang hayat kita. Bukan sahaja waktu pantang 44 hari, 100 hari.


Bagaimana cara nak pulihkan kesihatan, terpulang pada ilmu pengetahuan masing-masing. 


Che kak tengok makcik-makcik yang suruh mak-mak berpantang makan tanpa mengambil kira pemakanan yang sihat pun, macam-macam sakit ada, darah tinggi la kencing manis la sakit urat la sakit saraf la sakit lutut la🤔.


Bagaimana pula dengan orang bukan Melayu berpantang? Bagaimana cara mereka berpantang pula? Teringin gak nak tanya orang eskimo berpantang macamana? Mereka kan duk kat tempat sejuk berais kalah suhu aircond.🤔


Penting seorang suami kena jaga emosi isteri. Kalau isteri tak selesa berpantang di rumah mentua, tak perlu dipaksa. Lebih baik jaga sendiri di rumah sendiri. Sendiri yang hamilkan isteri, lepas tu sibuk nak suruh orang lain jaga😂. Layan isteri bagaikan bidadari. Barulah anda akan dilayan bagaikan raja😆.


Coretan 10.6.2022

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com