LAWATAN KE BANDAR HILIR MELAKA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: LAWATAN KE BANDAR HILIR MELAKA

Thursday, June 23, 2022

LAWATAN KE BANDAR HILIR MELAKA

 Alhamdulillah. Fuh penat. Tapi best dan rasa sangat enjoy hari ini. Mata mengantuk badan pun penat. 


Tapi rasa tak lengkap kalau tak tulis walaupun syok sendiri je menulis ni.πŸ˜†


Siang tadi kursus tentang pemerkasaan komuniti. Alahai banyaknya kerja unit ni. Kalau tak buat, kita tak tahu pun cabaran tugas setiap unit. 


Lepas solat zohor, peserta kursus telah di bawa ke tempat projek komuniti di Paya Lebar. 


Projek Jabatan Perikanan untuk memperkasakan komuniti nelayan. Di samping kerja hakiki tangkap ikan di laut, depa juga dibantu buat projek macam-macam la berasaskan makanan laut.










Sama macam JKM pun ada projek untuk komuniti. Eh malas la nak citerπŸ˜….  Kena tulis lain hari. Hari ni nak citer pasal jalan-jalan je.


Next...


Lepas tu kitorang di bawa ke bandar Hilir Melaka. Singgah solat di Masjid Selat Melaka. Tandasnya sangat bersih. πŸ‘πŸ‘






Lepas tu gi jalan-jalan kat tempat bersejarah. Macam biasa la bergambar yang penting.






Pada awalnya kitorang nak ber river cruise di Jeti Taman Berempah  tapi tutup. Katanya sebab pagi tadi hujan air naik. So, tak boleh naik kapal. Kalau nak naik kapal kena bayar RM25. 








So, kitorang jalan kaki pula ke tempat jual cendol Kg Hulu. Ingatkan dekat. Masya Allah jauhnyaπŸ˜‚. Rasanya lebih 3km berjalan tadi. πŸ˜…. Agak-agak je tu sebab rasa macam jauh sangat. 


Kalau tak turun berat badan, memang lemak degil la.πŸ˜…. Tapi tak pe lah. Okey je jalan-jalan sambil lihat rumah-rumah  yang cantik, tengok sungai yang bercahaya, berselfie, dapat bakar kalori kuih keria dan air kelapa.


Lepas tu kitorang gi makan asam pedas di Pasar Borong. Entah kenapa che kak rasa asam pedas paling sedap yang pernah makan ialah asam pedas mak kak Aisyah masak. 


Che kak tak pandai nak review makanan. Hanya tahu makan je. Kalau habis makan tu maknanya sedap la kot. Kalau tak sedap, makan juga la kot sebab takut membazir.


Jangan tanya che kak sedap ke takπŸ˜‚. 






Alhamdulillah, setakat hari ini jumpa peniaga orang Melaka semuanya baik-baik je. Layan dengan berhemah. Cakap pun elok-elok je. 


Ok bye selamat malam. Terima kasih sudi baca. πŸ₯°

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com