KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN DAN KURSUS KESUKARELAAN JKM 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN DAN KURSUS KESUKARELAAN JKM 2022

Thursday, June 23, 2022

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN DAN KURSUS KESUKARELAAN JKM 2022

 Antara tugas-tugas unit Komuniti yang sempat che kak faham la hasil dari kursus ni. Kalau salah harap maaf.


Kalau salah tulis atau tak tertulis tu maksudnya che kak duk dalam alam kayangan👻😆.


1. Sistem MyCorporate Care. PSK kena guna sistem ni untuk permohonan geran, bagi sumbangan dan perlu key in maklumat sukarelawan JKM nanti selepas sistem dikemaskini.


2. Bantuan khas perbendaharaan (BKP). Bantuan ni khusus untuk PSK yang berdaftar untuk mohon geran untuk jalankan program khusus berkaitan kebajikan. Kena hantar 4 bulan awal sebelum laksanakan program.


3. Bantuan kewangan kerajaan kepada PSK yang memenuhi syarat permohonan geran. Geran pula banyak jenis. Antara yang che kak ingat geran rangsum, pentadbiran, elaun khas murid oku, bengkel terlindung dan lain-lain. 


4. Khidmat bantu di rumah (KBDR) atau homehelp. Pantau rekod dan ada lebih 12 lampiran berkaitan. 


5. Projek Organisasi Komuniti (POK) 

 Projek ni khusus untuk memperkasakan  komuniti setempat. 


6. Skuad Keluarga Malaysia (SKM) . Program yang dijalankan ialah aktiviti atau program turun padang. Bukan JKM sahaja yang terlibat. Ada 4 agensi pelaksana termasuk KPWKM, KKMM, JPM, JAKIM dan Kementerian Perpaduan Negara. Kena isi maklumat di portalkomuniti.


7. Sukarelawan JKM. Boleh buat pelbagai program untuk memperkasakan sukarelawan. Sukarelawan tak semestinya aktif secara fizikal. Sumbangan sukarelawan ni pelbagai antaranya ilmu , idea, material, kepakaran, tenaga, pengalaman. 


8. Tugas lain yang tak disebut ialah naziran program PEMERKASA. Tak dinyatakan dalam ni sebab kursus ni khusus untuk pemantapan pengurusan PSK dan sukarelawan. Nasib baik sempat dengar taklimat berkaitan PEMERKASA masa ganti penyelaras lama 






Dah jom kemas beg. Jap agi balik. 

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com