KONSEP REZEKI - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KONSEP REZEKI

Tuesday, March 10, 2020

KONSEP REZEKI

Throwback kisah lama. Antara kes yang pernah che kak handle. Seorang isteri datang memohon bantuan segera untuk membeli barang dapur. Katanya tiada duit satu sen pun untuk beli barang makanan.

Suami keluar berdakwah tanpa tinggalkan duit belanja pada isteri dan anak-anak yang masih kecil. 

Kenapa tak tinggal duit belanja? Menurut isteri, suami kata rezeki dari Allah. Tawakkal pada Allah. Allah akan bagi juga rezeki nanti.

Ye la kannnn. Ulat dalam batu pun boleh hidupkan. Apatah lagi manusia. Tak yah usaha cari rezeki pun tetap hidup juga. 

gambar ehsan google
gambar ihsan google


Che kak rasa nak bagi kaki je. Flying kick ala-ala John Rambo melawan musuhnya. Lepas tu lepaskan tembakan mesin gun bertalu-talu sampai habis peluru.  Diselang seli dengan tendangan padu maut Jet Li. (hanya khayalan semata-mata). 

gambar ihsan google


Konsep yang salah. Nak keluar berdakwah ke, nak melancong ke, nak keluar cari rezeki dalam tempoh yang lama ke, pastikan cukup keperluan makan minum dan belanja anak dan isteri. 

Sekurang-kurangnya biar la cukup beras dan budu atau kicap. Takde lauk pun takpe. Boleh juga makan nasi berkuahkan kicap. Asalkan dapat alas perut. Beli telur sepapan pun dah ok. 

Kasihan pada isteri. Nak keluar bekerja, suami tak izinkan. 

Tak guna keluar segala dalil ayat hadis quran bagai kalau nafkah pada anak-anak dan isteri ke lautan hindi. Bicara agama hebat kalah mufti. 

Kadang kala che kak menyampah sekiranya che kak tahu dia adalah suami merangkap ketua keluarga yang tidak bekerja tapi menyeksa isteri yang terpaksa berhempas pulas mencari rezeki.

Bertambah menyampah, lepak kat kedai kopi berdegar-degar cakap politik. Tapi hampeh, poket kosong, bini yang kasi duit kopi o suami.

Lagi sakit hati tengok duit isteri dihabiskan untuk beli pil kuda. Baik belikan anak patung little pony.

Lagi sakit hati, isteri cakap tawar hati pada suami, tapi masih nak juga dukung biawak hidup. Penangan baca KRT, pagi-pagi dah sakit hati. 








No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com