KENAPA SUAMI LARI ATAU KAHWIN LAIN? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA SUAMI LARI ATAU KAHWIN LAIN?

Saturday, March 14, 2020

KENAPA SUAMI LARI ATAU KAHWIN LAIN?

Che kak tak faham kenapa kita selalu dimomokkan kalau tak jaga alat sulit @ vagina @ miss v @ miss b dengan produk2  pasti suami akan lari atau kahwin lain. 

Seandainya suami uols kahwin lain, ianya tidak menjadi kesalahan kerana berbalik kepada konsep jodoh. Jodoh di tangan Tuhan.

Namun jangan sesekali dimomokkan kerana tak jaga miss v dengan produk. Adakah serendah itu martabat seorang isteri. 

Isteri tetap kena jaga penampilan diri, kebersihan dan sedap mata memandang.

Namun apa yang mengelirukan ialah kenapa ada kalangan selebriti yang sangat cantik jelita rupawan namun jodohnya tidak kekal. 

Che kak tak faham juga kenapa masih ada suami yang setia menjaga isteri yang sakit. 

Daripada kita merendahkan martabat isteri seolah2 hanya tempat melampiaskan nafsu, lebih baik kita didik suami dengan ilmu dan peranan suami yang sebenar.

Janganlah sampai terhapus 9 akal suami hanya kerana 1 nafsu. Isteri, janganlah kerana 9 nafsu terhapus 1 akal isteri.

Suami komen isterinya tidak menarik, tidak cantik, tidak umph dan banyak lagi la kekurangan isteri.

Macam beli kereta, tahu bawa je. Tak jaga maintenance, tak tambah aksesori, tak basuh sampai takde rupa kereta dah. 

Jaga kereta lama dengan baik, dan kalau teringin nak beli kereta baru dan ada duit, ok je kan.  

Kereta lama ni banyak jasanya walaupun kereta baru lagi cantik. Kereta baru lama2 akan bertukar status juga jadi kereta lama. 

Warga suami cuba cek apakah usaha2 kalian untuk bantu isteri cantik bagaikan bidadari dunia.

Berapa pasang dah kalian beli baju baru, seluar dan baju dalam baru? Nak tengok isteri seksi, berapa helai kalian beli baju seksi?

Berapa RM kalian bagi kepada isteri, khas untuk alat solek yang dijamin kualiti?

Berapa RM sebulan kalian peruntukan untuk isteri pergi spa dan mengurut kasi betul urat belikat yang dah putus sejuta enam?

Berapa kali kalian bawa gi jalan2 atau keluar dinner bertemankan lampu kalimantang banyak kaler?

Berapa botol kalian beli supplement  untuk kesihatan isteri?

Berapa kali tolong isteri basuh, jemur dan lipat kain?

Berapa kali tolong isteri masak, kemas, basuh pinggan dalam sink?

Berapa kali bergurau senda dengan isteri untuk ambil hati? 

Buat isteri, sekiranya suami dah buat semua seperti di atas, layan la suami dengan tip top. Itu pun nak kena ajar juga ke?

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com