STAY AT HOME SEMASA PKP - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: STAY AT HOME SEMASA PKP

Sunday, March 29, 2020

STAY AT HOME SEMASA PKP

Orang yang nak berpolitik dan mempolitikkan isu covid19, biarkan je la. Dah memang kerja diorang. Memang bidang tugas diorang.  Tak best la kan hidup tanpa mempolitikkan semua isu walaupun melibatkan nyawa.

Apa yang kita boleh buat, abaikan mereka. Tak payah layan dan memberi respon walaupun rasa geram dan nak marah.  Block aje la mereka dalam alam maya.

Fokus sahaja kepada peranan dan tanggungjawab masing2. Tugas kita sebagai rakyat #stayathome.


gambar google


Buat la apa sahaja aktiviti dalam rumah. Kalau diorang post dalam fb, ig, segala aktiviti dalam rumah, biarkan aje lah. 

Tak payah la kita nak komen, alaa nak menunjuk2 la, tak jaga hati perasaan orang la. Dah wall diorang. Asalkan diorang dah laksanakan tanggungjawab #stayathome.

Kalau terputus sumber bekalan makanan akibat tiada wang belanja, rujuk la kepada YB kawasan masing2. Che kak percaya, YB2 akan membantu rakyatnya yang susah.

Kepada ahli dermawan yang bermurah hati nak memberi sumbangan, pastikan dapatkan khidmat nasihat seperti polis atau DO kawasan masing2 bagaimana nak menyampaikan sumbangan.


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com