TANGGUNGJAWAB SIAPAKAH BANTU IBU YANG SAKIT TERLANTAR - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: TANGGUNGJAWAB SIAPAKAH BANTU IBU YANG SAKIT TERLANTAR

Saturday, March 28, 2020

TANGGUNGJAWAB SIAPAKAH BANTU IBU YANG SAKIT TERLANTAR

Ada seorang pemuda yang memohon bantuan. Mohon bantuan kerana ibunya sakit terlantar. 

Pemuda itu sanggup berhenti kerja  kerana tiada sesiapa yang sanggup menjaga ibunya. Pulang dengan tawakkal dengan harapan ada kerja kat kampung.

Dia ada 7 beradik. Hanya 2 orang sahaja yang membantu memberi sumbangan walaupun sedikit. 2 orang adik beradiknya berpendapatan rendah. Tapi atas rasa belas, sanggup korbankan sedikit duit gaji.

4 orang lagi tak membantu langsung. Apabila tengok pada pekerjaan, che kak tahu mereka sebenarnya boleh membantu si adik dan ibu tadi.

Takde rasa belaskah pada ibu yang sakit terlantar? Takde rasa kasihankah pada si adik yang sanggup berhenti kerja demi jaga ibunya.

Luakkah gaji kalau beri sedikit pada ibu dan adiknya?

Tak usahlah pertikaikan apakah sumbangan kerajaan dalam membantu mereka. Tapi cek la diri sendiri. Apakah sumbangan kalian terhadap adik beradik dan ibu.

Bersyukurlah yang kalian ni ada gaji tetap. Bantulah ahli keluarga terutama mak ayah yang tiada sumber pendapatan. Kalau mak ayah dah ada pendapatan, lain cerita pula. 

Tak luak rezeki kalau beri sedikit pada ibubapa. Bahkan Allah akan tambah rezeki yang tak disangka2.

Tanya la mak ayah, mak ada duit ke nak beli beras tu? Mak ada ke duit nak beli ikan? Mak ada ke duit nak beli pampers orang tua?

Kadang kala tak perlu tanya. Masukkan aje la duit sebab kalian tahu mak ayah memang takde duit. Diorang segan nak minta duit dengan kalian.

Bayar kete mahal2 boleh je. Nak kasi RM50 kat mak yang sakit terlantar tu, rasa sayang sangat. Takut cepat abes duit.



No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com