JANGAN IRI HATI PADA GOLONGAN B40 DAN M40 DALAM PAKEJ PRIHATIN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: JANGAN IRI HATI PADA GOLONGAN B40 DAN M40 DALAM PAKEJ PRIHATIN

Sunday, March 29, 2020

JANGAN IRI HATI PADA GOLONGAN B40 DAN M40 DALAM PAKEJ PRIHATIN

Jangan la kita dengki dengan kumpulan B40 dan M40. Walaupun kumpulan B40 dan M40 bakal mendapat manfaat bantuan yang diumumkan PM semalam, namun mereka bukannya boleh jadi kaya raya taraf jutawan.

Bantuan tersebut mampu memberi nafas lega sementara mereka hilang pendapatan dalam tempoh PKP ni.

Golongan T20 sepatutnya bersyukur kerana mereka dah biasa hidup senang dan selesa. Selama ini mereka boleh bermewah dengan barang2 berjenama dan makan makanan yang sedap. Boleh melancong baik dalam negeri mahupun luar negeri.

Kalau ada rezeki yang PM umumkan, alhamdulillah. Kalau tak tersenarai sebagai penerima, janganlah disimpan perasaan tak puas hati.

Tak nak bantu meringankan beban golongan B40, duk diam2. Jangan dibising tuntut hak seolah2 dalam bank engkorang dah zero RM.

Cek diri sendiri.  Duit korang ke mana perginya selama ini. Cek bawah garaj korang. Kereta apa korang pakai. Cek juga la beg dan pinggan mangkuk korang jenama apa.

Lepas cek korang punya harta, pergi la tengok dapur golongan B40. Adakah pinggan mahal atau pinggan percuma sabun Daia?

l

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com