CUKUPKAH DENGAN IBADAH TANPA ILMU - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: CUKUPKAH DENGAN IBADAH TANPA ILMU

Friday, March 20, 2020

CUKUPKAH DENGAN IBADAH TANPA ILMU

Teringat pula cerita ahli ibadah yang mati kekufuran. Walhal hampir keseluruhan hidupnya dia beribadah. 

Walaupun dia tahu arak itu haram, tapi dia minum juga konon nak kasi power kemanisan dalam ibadah.

Beribadah tanpa ilmu. Ilmu mengatakan bahawa arak itu membawa memudharatan yang sangat nyata. 

Dah dilarang jangan minum arak, nak diminum juga.

Mencegah diri daripada kemudharatan juga adalah jihad setiap individu. 

Begitu juga dengan situasi masa kini. Covid19 sangat membawa mudharat bukan sahaja pada diri.  Malahan dunia kini sangat tenat dengan virus ini.

Kat rumah pun boleh beribadah. Solat sepertiga malam, solat jemaah dengan anak2 dan isteri. Baca quran bersama ahli keluarga. Ajar anak2 dengan ilmu.

Bersihkan rumah bersama2. Bercinta dengan suami isteri. 

Manakala bagi agama lain, mungkin ada cara untuk beribadah di rumah mengikut agama masing2.

Berjihad la lawan covid19 ni aga kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Jangan kerana kita yang selfish konon atas nama "jangan takut covid19 berbanding takut pada Allah".

Jangan kerana kita, ada yang hidupnya bekerja gaji hari tak dapat keluar mencari rezeki.

Jangan kerana kita, ada para pekerja tak dapat berjumpa keluarga kerana bertugas merawat pesakit covid19.

Jangan kerana kita, ada yang menjadi yatim dan balu kerana bapa dan suaminya mati kerana jangkit covid19.

Jangan kerana kita, ada jenazah yang dikebumikan tanpa ahli keluarga dapat tatap wajahnya kerana jenazahnya terbungkus dengan plastik khas.

#covid19
#stayathome
#18-31.3.2020





No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com