TEGUH - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: TEGUH

Friday, July 1, 2022

TEGUH

 Sekali sekala layan lagu Teguh, entah kenapa terasa macam bukan lagu cintan cintun antara lelaki dan perempuan.  Rasa macam ada konsep kerohanian lagu ni. Walaupun lagunya bernada tinggi, tersentuh juga la jiwa che kak ni😅.


Terinspirasi nak menulis pula dengan tajuk Teguh ni.


Semoga teguhnya iman, akidah dan Islam kita sehingga ke akhir hayat. Walaupun ic kita tertulis agama Islam, namun kita tak tahu pengakhiran hidup kita. Berhati-hati dalam perbuatan dan perkataan , jangan sampai terbatal akidah dan jatuh syirik pada Allah.


Dalam mencari keredhaan dan keberkatan, semoga teguhnya  istiqamah. Bukan mudah untuk kekal istiqamah dalam melaksanakan hukum dan perintah Allah dan sunnah rasullullah.


Menutup aurat dengan sempurna bukan kerana kita baik dan warak. Tapi teguhnya kita kerana menjaga agama.


Dalam persahabatan, semoga teguh ikatan ukhwah yang terjalin. Jangan sesekali khianat pada persahabatan. Berpegang teguh lah pada tali Allah untuk mengekalkan ukhwah.


Kadang kala kita rasa penat dalam mencari rezeki. Semakin mencari semakin terasa tak cukup. Tiada mana-mana pekerjaan pun yang senang. Pasti ada dugaan dan cabaran. Maka berpegang teguh la pada janji Allah, setiap hambaNya pasti ada rezeki. Asalkan kita rajin berusaha.


Semua pekerjaan sangat mencabar. Namun berpegang teguh lah bahawa bekerja itu juga satu ibadah. Ibadah bukan sekadar membaca quran dan solat sunat serta menunaikan haji semata-mata.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com