HAPPY ANIVERSARY 19 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: HAPPY ANIVERSARY 19

Sunday, May 15, 2022

HAPPY ANIVERSARY 19

Hari ini genap 19 tahun melayari rumahtangga dengan suami tercinta Fazdrul Arman.

 Hakikatnya kami macam pasangan suami isteri yang lain juga.

Tetap diuji, ada pasang surut, ombak badai, hujan taufan, panas kemarau. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan jodoh kami. Walaupun dah 19 tahun, tapi rasa macam masih baru je diakad nikahkan. 

Syukur Ya Allah kerana kurniakan suami kiriman Tuhan. 

Semalam dah dapat hadiah😍😍. Terima kasih daun keladi.😘😘

Orang kata jangan pilih rupa. Tapi bila tengok dia buat kali pertama, Ya Allah, jadikanlah dia jodohku😆.

Mengimbas kembali kenangan dulu-dulu. Coursemate che kak yang jadi orang tengah.  Terima kasih cikgu Hasmadi Nordin. Tapi masa tu che kak tak kenal sape Arman. 

Che kak solat hajat dan istikharah. Masa mimpi tu nampak seorang lelaki pakai sweater KMR dan naik motor honda cup lampu bulat. 

Keesokkannya, che kak tunggu kawan kat depan bank BSN. Pukul 7 pagi tak silap la. Eh eh eh eh Ya Allah, terkejut che kak. Sama macam mimpi la. 😲

Tak puas hati lagi ni sebab tak nampak muka. Masa kelas apa ntah dah lupa. Tiba-tiba ada seorang  lelaki pakai seluar jeans hitam, t-shirt hitam, jam hitam, rambut panjang, muka ala chinese. Fuyyoo hensem gak dia😬.

Teringat la pula, masa doa nak jodoh yang tinggi, muka cina, jaga solat, tak merokok. Tapi segan minta macam-macam, Ya Allah rock pun tak pe la. Wakakka. Kan Allah dah makbul tu😊.

Tapi kecik hati juga la sebab ada orang kata che kak nak ke abe long sebab dia ada harta. Hadoiii. Che kak bercinta masa tu, abe long belum kerja. Masih bergelar student. Tak tahu masa depan macamana lagi🤦. Tapi sebab yakin dengan petunjuk istikharah, che kak tetap yakin pada si dia.

Abe Long vs Kak Long








No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com