ANTARA URUSKAN BANTUAN DAN TUGAS PELINDUNG, YANG MANA LEBIH MENCABAR? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: ANTARA URUSKAN BANTUAN DAN TUGAS PELINDUNG, YANG MANA LEBIH MENCABAR?

Thursday, August 31, 2023

ANTARA URUSKAN BANTUAN DAN TUGAS PELINDUNG, YANG MANA LEBIH MENCABAR?

 Sambungan.....


Beban tugas pegawai kes  bantuan diukur dengan bilangan kes permohonan dan kajisemula bantuan. Bertambah beban kerana dibuat secara manual dan sistem serta ISO yang semakin mencabar.


Ianya rutin berulang dari awal hingga akhir bulan. Siasat kes, kajisemula, sedia penyata bayaran. Lepas tu sambung pula. Permohonan memang tak pernah habis. 


Kebiasaannya, che kak settle je bayaran, terus "abes gas". 2 hari juga la che kak lemau tak leh nak wat kerja apa melainkan urgent benar.


Ex-boss che kak dah paham dan che kak memang takkan berpura-pura wat kerja depan beliau. 🤣 Hipokrit rasa kalau buat kerja juga walhal kita ni dah tepu tahap gaban.


Opss .. Tujuan che kak cerita ni bukan bermaksud che kak nak tunjuk pandai. No no no. Kerja JKM ni takde istilah otai atau baru sebab dasar  sentiasa berubah. Perlu sentiasa belajar dan alert dengan pekeliling seiring dengan transformasi jabatan. Haaa gittewww.


Oh ye, kalau kat JKMN ada otai yang memang che kak tabik spring. Che kak nak buat kira-kira bajet, kan main la ada kalkulator besar, kertas conteng , excelll lagi. Sape ganggu time kira bajet tu, memang boleh 'pekdoh' la. 


Berbalik kepada otai JKMN, che kak tengok relax je beliau handle bajet 10 jajahan guna excell je. 


Habis citer kisah di unit bantuan. 


Tahun kedua di JKMWPKL che kak ditempatkan di bahagian Kanak-Kanak dan Keluarga. Buat tugas-tugas Pelindung yang diwartakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Pegawai Yang Diberi Kuasa di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. 


Che kak tidaklah bermaksud nak cerita tentang pengurusan kes. Nak tulis yang tu, 3 bulan tak siap lagi nak cerita.


Kerja dia glemer sikit sebab ke mahkamah. Rasa macam lawyer pun ye. Majistret pun ye. Inspektor polis pun ye. Jadi baby sitter pun ye. Hehe.


Cuma che kak tak pernah tender kes akhlak. Tugas Pelindung lebih kepada menyelamatkan kanak-kanak yang didera sama ada fizikal, seksual, pengabaian dan apa sahaja la yang berkaitan.


Che kak bersyukur sangat sebab dapat belajar dengan otai Pelindung JKMWPKL seperti Puan Jaliha, Puan Jamaeyah, En Zulkamal, Puan Rosmaini dan ramai lagi la. 


Che kak berkesempatan juga belajar tentang pelaporan kes yang melibatkan kanak-kanak oversea dengan Puan Siti Darmawan. Eh betul ke nama beliau. Che kak pun ingat-ingat lupa je.


Kes kanak-kanak ni, tidak la sebanyak permohonan bantuan kewangan. Tapi dia punya kes tu, Ya Rabbiiii. 'Complicated' bak hang. 1 kes nak settle pun huru hara rasa hidup. 


Dulu Talian Teledera sebelum diganti dengan Talian Nur dan kini dikenali dengan Talian Kasih. Ianya sangat membantu untuk selamatkan kanak-kanak yang didera atau pengabaian. 



Apa yang best che kak pernah lalui semasa siasatan untuk kes-kes Guardian Ad-Litem, dapat berjumpa dengan omputeh seperti kedutaan luar negara, orang bisnes hartawan, dapat tengok rumah depa yang besar dan cantik. Dapat merasa empuknya kerusi mahal mereka. Dapat tengok bilik air depa yang cantik. 


Banyak lagi la kenangan suka duka yang che kak lalui sepanjang setahun bergelar Pelindung JKMWPKL.


Namun begitu, cukuplah che kak setahun berada di unit ni. Tak mau dah. Hehe. Itu belum lagi nak cerita stress dengan sikap 'kerek' staf mahkamah setiap kali che kak bawa kes keganasan rumahtangga mohon IPO. Agaknya perasaan che kak je kot. 



Pernah juga la trauma. Pernah dipanggil untuk mengadap PUU atas sebab kes yang che kak handle. Tapi masa tu che kak cuti bersalin. Puan dari JKM turun ke Kelantan jumpa che kak. Sampai sekarang che kak takut nak tanya dengan Pelindung yang gantikan che kak apakah kesudahan kes itu.


Selain itu ada sebab lain yang membuatkan che kak tak mau dah jadi Pelindung. Boss che kak faham kenapa che kak tak mampu untuk jadi Pelindung. 😅 Kad kuasa Pelindung dan Pegawai Akhlak hanya menjadi hiasan dalam beg sahaja. 


Baru perasan takde gambar kenangan semasa berada di Unit Kanak-Kanak ni.😌


Nanti nak sambung  citer unit lain pula.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com