APAKAH KESAN DAN AKIBAT APABILA BEKERJA SEHINGGA ABAIKAN KESIHATAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: APAKAH KESAN DAN AKIBAT APABILA BEKERJA SEHINGGA ABAIKAN KESIHATAN

Tuesday, August 15, 2023

APAKAH KESAN DAN AKIBAT APABILA BEKERJA SEHINGGA ABAIKAN KESIHATAN

 Setuju sangat. Kita bekerja kerana nak mencari rezeki untuk sendiri dan keluarga.


Kalau dah sakit hingga hilang mata pencarian, ada ke orang nak bantu kita nanti.



Teringat masa awal kerja dulu. Masa tu dah waktu rehat tapi che kak masih lagi buat kerja. Maklumlah tengah rajin, bersemangat dan berdarah muda lagi.


Ex boss che kak tanya kenapa tak lunch? Che kak kata nak siapkan kerja sikit.


Beliau terus cakap "Liza, kau mati pun ada orang akan buat kerja kau. Dah! Pergi makan."


Berbekas dan berbirat dalam minda sampai la sekarang asal waktu tengahari je memang keluar makan. Kalau tak makan pun akan keluar juga cuci mata.😂


Gitulah, nak. Apabila diberikan tugasan cubalah sedaya upaya membuat yang terbaik dan termampu mengikut kemampuan kita. 


Tapi kena pandai atur masa dengan sebaik-baiknya. Paling utama jaga kesihatan dan keluarga.


Sibuk dan penat macamana pun kena rehat. Kerja tak akan habis dan memang takkan habis. 


Lagi satu, tak guna sen sen pun kalau kita bergaduh dengan seseorang kerana hal kerja. 


Bak kata Bro Din, "doh mung pilih nok bbaloh. Molek-molek ado jah ore buleh siap kajisemula dan penyata bayaran walaupun tak maroh." 😑

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com