KENAPA SUKA DENGAN PERLANTIKAN MENTERI BESAR KELANTAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA SUKA DENGAN PERLANTIKAN MENTERI BESAR KELANTAN

Tuesday, August 15, 2023

KENAPA SUKA DENGAN PERLANTIKAN MENTERI BESAR KELANTAN

 Selepas menyulam suka duka di JKM WP Kuala Lumpur selama 2 tahun, che kak berpindah ke JKM Pasir Mas pada tahun 2005. Selama 8 tahun che kak bekerja di sana sebelum bertukar ke JKM Pasir Puteh hingga kini.


Selain menggalas tanggungjawab sebagai ketua unit Sosioekonomi dan Bantuan (EB), che kak juga 'menjaga' Dun Meranti. 


Che kak ada juga anak buah yang sama-sama jaga Dun Meranti. Walaupun mulut laser tetapi anak buah che kak tu sangat bagus dalam bab kerja.


Mana tak lasernya. Ada ke patut dia cakap che kak pakai kain batik macam nak pergi menoreh getah. Punyalah che kak 'koya' comel sebab berbaju mini kurung berkain batik paling comel.


Che kak selalu turun ke kampung-kampung sekitar Dun Meranti untuk siasatan kes baru dan kajisemula bantuan. 


Berpandukan peta Dun Meranti yang dilukis oleh Abe Nor suatu ketika dulu. Peta tu lah che kak guna. Dulu mana ada waze. Google maps pun tak kenal.


Selalu juga la melintas depan rumah YB Adun Meranti. Suka tengok rumah beliau. Rumah kampung sederhana sahaja. 


Setahun sekali kami akan terlibat dengan bayaran bantuan Armalah bersama YB Adun Meranti.


Pada masa tu belum lagi dapat gelaran Dato'. Lebih selesa dipanggil YB atau Ustaz. 


Che kak suka dengan YB sebab beliau sangat baik dan tidak sombong. Sentiasa senyum. Setia menanti sehingga selesai pembayaran bantuan. 


Kadang kala kita tak tegur bukan sebab sombong tapi lebih kepada perasaan segan. Tapi apabila YB yang bertegur sapa dulu, kita akan rasa dihargai.


Tak jatuh standard pun seorang Yang Berhormat kalau memulakan dulu perbualan. Bahkan kita akan rasa lebih menghormati wakil rakyat.


Pengalaman che kak masa bayar bantuan Armalah dun lain. Ada seorang YB tu, hadir sekadar gimik je lepas tu blah gitu je tinggalkan kitorang terkontang kanting selesaikan bayaran bantuan tersebut. Ingat kita ni kuli depa ke. Malas la nak cakap dun mana.


Itu belum lagi nak cerita bab banjir. Kawasan Meranti dah sinonim dengan banjir. YB memang sentiasa ada bersama rakyatnya.


Apabila dapat berita YB Adun Meranti telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, che kak sangat menyokong. 



Sekalong tahniah diucapkan. Semoga negeri Kelantan terus makmur di bawah kepimpinan beliau. 


Eh che kak cerita ni sekadar pengalaman che kak sahaja. Takde kena mengena dengan parti atau taksub dengan beliau.


#doneclaim


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com