HARI TUA TANPA CINTA SEBENAR - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: HARI TUA TANPA CINTA SEBENAR

Wednesday, August 9, 2023

HARI TUA TANPA CINTA SEBENAR

Rumah tangga mana yang tak dilanda badai. Pasti ada pasang surutnya.


Detik-detik manis semasa diijabkabul perlulah sentiasa di kenang bagi menghangatkan kembali tujuan berumahtangga.


Kebiasaannya pada fasa awal perkahwinan pasti bermula dari zero. Sabar menempuhi susah senang bersama. 


Namun jodoh di tangan Tuhan. Tiada siapa yang mampu memikirkan kenapa rumahtangga yang dibina berpuluh-puluh tahun akhirnya menemui noktah.


Dalam redha tetap ada peritnya. Isteri mana yang tak sedih selepas berpuluh tahun mengabdikan diri kepada suami akhirnya dilafazkan talak. Apatah lagi dilafazkan melalui whatsapp. 

Contoh sahaja


Kenapa masa nak masuk meminang, pandai pula datang penuh beradab. 


Banyak dah yang che kak tengok pada klien che kak, apabila dah tua yang dah tak berdaya, baru tersedar.


Kebanyakannya apabila dah bercerai, hubungan dengan anak-anak juga pun dah renggang.


Pada masa itu baru terasa rindu pada anak-anak. Baru terasa bekas isterilah yang tercantik sekali. Baru sedar sepatutnya hari tua hidup senang lenang dengan cucu-cucu je.


Belum lagi diuji dengan ujian sakit. Pada masa itu, baru sedar siapa yang sanggup jaga waktu sakit.


Apabila dah tak berdaya nak mencari rezeki baru sedar, alangkah bahagianya anak-anak hulurkan duit belanja. 


Sudahnya, minta bantuan dengan agensi kerajaan bagi keperluan sara hidup hari tua. 


Ye lah, nak minta dengan anak dah terasa malu sebab abaikan zaman kanak-kanak mereka. Di saat mereka memerlukan bapa, tapi bapanya lebih utamakan keluarga baru.


Pasangan yang bercerai selalu terlupa dengan perasaan si anak. Rindunya mereka pada bahagianya sebuah keluarga yang lengkap.  Tapi apakan daya. Hanya redha dan sabar sahaja yang termampu.


Apabila kasih dan rindu pada ibubapa dah hilang seiring dengan masa, tiada guna lagi untuk membuat tuduhan 'anak derhaka'.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com