APAKAH CABARAN UNIT BANTUAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: APAKAH CABARAN UNIT BANTUAN

Thursday, August 24, 2023

APAKAH CABARAN UNIT BANTUAN

Baru-baru ini ada kawan che kak hubungi untuk tanya pendapat. Beliau diberi pilihan oleh bossnya sama ada nak kekal dengan unit sedia ada atau tukar unit lain.

Che kak tak boleh nak buat pilihan untuk  beliau. Hanya empunya diri yang lebih tahu.

Namun che kak nak share pengalaman che kak. Apa yang che kak tulis ni hanya perkongsian peribadi dan tak berkaitan dengan dasar-dasar jabatan.

Sepanjang 21 tahun berkhidmat, 15 tahun daripadanya adalah penyelaras unit bantuan. Unit paling hard core juga la kiranya. Tak tau lah kot che kak yang syok sendiri fikir macam tu.

Tahun pertama bekerja di JKMWPKL, che kak ditempatkan di bahagian Perkhidmatan Bantuan. 

Tukar di JKM Pasir Mas pun 8 tahun pegang unit Sosio Ekonomi dan Bantuan (EB). Lekat nama Kak Za EB sebab ada kawan sama nama.

Gambar kenangan semasa di JKM Pasir Mas


Berpindah ke JKM Pasir Puteh sempat juga teraju unit ni yang dikenali dengan Unit Kebajikan Produktif (PW). Sempat 4 tahun sebelum tukar dua portfolio lain iaitu Penguatkuasaan dan  Komuniti.

Walaupun berlainan nama, konsepnya tetap sama.  Menguruskan permohonan bantuan dan bayaran bantuan bulanan.

Semua permohonan perlu disiasat sama ada layak atau tidak.

Setiap tahun perlu dikajisemula sama ada layak diteruskan atau ditamatkan bantuan.  Dulu kajisemula dikenali dengan istilah ulangkaji.

Awal bulan kena sedia dan urus penyata untuk jana bayaran. 

Begitulah rutin setiap bulan yang perlu dilalui oleh pegawai kes bantuan dan pembantu tadbir kewangan.

Sejak tahun 2018 dah lega banyak sebab bayaran 100% dikreditkan ke akaun klien. Staf dah tak pegang tunai sebab risiko sangat tinggi. Arahan SPRM.

Dulu, setiap kali bayaran, kitorang kena menapak dari pusat ke pusat bayaran. Bawa duit cash banyak-banyak. 

Ayoooo seriau rasanya bila teringat dulu-dulu. Syukur sangat Allah jaga keselamatan diri dan hati supaya tidak gelap mata tengok cash banyak-banyak.

Penyelaras bantuan kena alert dengan peruntukan. Setiap bulan dan sebelum akaun ditutup hujung  tahun kena cakna. Takut terkurang atau terlebih peruntukan. 

Mau kena menjawab STS. Kalau menjawab dengan tok laki tak takut pulak.

Bergaduh dengan boss tu adalah biasa. Lepas bergaduh dan settle bab bajet, lepas tu "jom pi makan". 

Bab bajet ni memang kena bersama dengan boss dan PT (W). Tak boleh buat keje sorang dan syok sendiri.

Unit bantuan ni memang kerja dia kena memanjang je hadap pc dan duk kat kerusi meja. 

Kalau penyelaras boleh handle staf tanpa tunjuk bekeng, memang che kak tabik spring la. 

Memang kagum sangat kalau staf boleh siapkan siasatan kes dan kajisemula serta penyata bayaran tanpa penyelaras nak kena ketuk sokmo. 

Walaupun dah tak pegang unit ni, tapi kalau sesiapa minta tolong, che kak seronok je tolong. Keserasian tu masih ada. Tapi tak mau dah pegang unit ni. Sebab pelik-pelik je dia punya iso/sop. 

Tu belum lagi nak cerita bab ABT. Aduhhh tak sanggup gue nak hadap dah. 

Selain daripada uruskan bantuan, kena pantau juga 2YEP. Malas lah che kak nak cerita dah.

Harapan kami semua, agar tiada lagi fail putih. Biarlah semuanya di dalam sistem je. Fail hanya untuk simpan dokumen penting je. Penat tau nak print, nak minit fail lagi. Ke hulu ke hilir angkut fail. Walhal semuanya dah ada dalam sistem. 

Gambar hiasan


Oh ye. Lepas tukar unit lain, barulah che kak sedar. Ya Allah, rupanya che kak silap percaturan. Kesiannya kat kawan-kawan penyelaras unit lain. 

Mentang-mentang la depa baik je tak berbunyi, che kak beranggapan unit depa tak sibuk. 

Ya ampunnn maafkan che kak ye.

Okey next...

Tahun kedua di JKMWPKL che kak ditempatkan di bahagian Kanak-Kanak dan Keluarga. Buat tugas-tugas Pelindung yang diwartakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Pegawai Yang Diberi Kuasa di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. 

Che kak cerita lain hari la ye. Nak tido dulu. 

Coretan 23.8.2023

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com