PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN KETEREH AMAT MEMUASKAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN KETEREH AMAT MEMUASKAN

Tuesday, August 13, 2019

PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN KETEREH AMAT MEMUASKAN

Hari ni g klinik gigi. Aloh ke tuo ni gak, macam-macam la gigi ni mari nyakit. Sebab tu keno minum susu sokmo. Susu yang bebas gula tau. Kena wat amalan minum sejak mudo lagi. Cek gigi setiap 6 bulan sekali. Berus gigi dengan cara yang betul. Makan makanan yang berkhasiat. Baru la gigi terpelihara dengan jayanya.

Pada pendapat che kak, service klinik kerajaan pun terbaik juga. Sama macam klinik gigi swasta. Petugas kaunter yang peramah, doktor yang menjalankan tugasnya dengan penuh berwibawa.  Rasa gerun, gayat hilang apabila tengok warga klinik pergigian Ketereh sangat bagus.

Oleh sebab che kak tak bawa GL, maka kena bayar. Harga tak padan dengan service tau. Banyak jimat. Kos kertas dan dakwat printer untuk print GL pun rasa lebih lagi.

RM1 daftar, RM2 untuk tampalan gigi berlubang. 


Kalau isu menunggu lama, che kak rasa kat klinik swasta pun kita kena menunggu lama juga kalau ramai pesakit. 

Kita ada pilihan. Nak dapatkan rawatan di klinik kerajaan atau swasta, terpulang pada individu. Terpulang pada bajet dan masa. Kedua-duanya sangat bagus.


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com