RESEPI AYAM PERCIK ARMAN RIDER - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: RESEPI AYAM PERCIK ARMAN RIDER

Monday, August 5, 2019

RESEPI AYAM PERCIK ARMAN RIDER

Arman Rider selalu je request lauk ayam percik. Ayam percik versi Arman Rider. Masa kawen dulu, che kak tak pandai masak ayam percik. Tapi suami ajar masak ayam percik goreng kesukaannya. 


Ayam percik Arman Rider


Kalu suami dapat isteri yang pandai masak, alhamdulillah. Kalau tak pandai masak, jangan dikecam. Ajar isteri masak ikut selera kita. 

Jangan sesekali anggap ruginya bayar hantaran tinggi tapi dapat isteri yang tak pandai masak. Perkahwinan adalah proses pembelajaran dan suaikenal dengan pasangan masing-masing hingga akhir hayat.

Demi sayang kat suami, isteri akan belajar juga masak menu kesukaan suami walaupun ada penyakit malas. 

Walaupun namanya ayam percik, kadang kala ikut style masing-masing. Nak masak macamana sekalipun ikut suka hati la. Apa yang penting, perut kenyang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Sukatan tu, che kak tak berapa mahir sangat. Sebab che kak suka masak ikut gerak hati. Campak-campak, siap! Agak-agak je la ye. Kalau sedap, ok la kan. Kalau tak sedap, mmmm ngaku je la korang tak pandai. 😜😜😜😜😜


Ayam direbus bersama santan dan bahan tumbuk

Bahan-bahan untuk ayam:

🌸Setengah ekor ayam. Che kak order ayam dengan jiran sebelah rumah je. 

🌸2 inci halia. Baik hang beli kat pasar kalau was was sama ada hangpa tanam halia ke atau tanam temulawak kat tepi rumah.

🌸2 batang serai yang ditanam tepi rumah. Kalau takde, beli je kat pasar.

🌸5 ulas bawang putih.

🌸2 helai daun pandan tepi rumah. (Maksudnya kalau takde pun takpe. Hanya nak kasi bau wangi je).

🌸Santan segar RM2.00. Che kak suka beli santan yang dipacking kecil ikut harga RM2 @ RM3. Senang nak guna. Biasanya santan RM2.00 ni sukatannya 200 gram. Kalau nak guna santan kotak pun terpulang. Selain jual ayam, jiran che kak juga jual santan segar.

🌸Sedikit garam dan gula.

Cara-cara:
🌟Halia, serai, bawang putih diketuk-ketuk atau ditumbuk kasar.

🌟Campur dan gaulkan ayam dengan bahan ketuk atau ditumbuk kasar, daun pandan yang dikoyak. 

🌟Campurkan santan, garam dan gula. Rebus sampai empuk dengan api yang sederhana. Jangan tambah air banyak sangat. Setengah cawan je.

Sambil tunggu ayam direbus, kita sediakan bahan untuk kuah percik pula. 


Sentiasa kacau kuah percik

Bahan-bahan untuk kuah percik:

✔1 inci halia
✔3 keping lada kering @ 2 sudu cili boh
✔4 ulas bawang merah@1 labu bawang besar
✔2 ulas bawang putih
✔2 batang serai
✔2 biji buah keras (kalau takde pun takpe)
✔Santan RM4.00
✔2 helai daun pandan disimpulkan
✔Asam keping atau gelugur
✔Sedikit manisan@gula melaka
✔Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:

🎀Blender halia, lada kering, bawang merah, bawang putih, serai, buah keras.

🎀Masukkan ke dalam periuk bersama santan, daun pandan dan asam keping.

🎀Masukkan air. Sukatan secawan air. 

🎀Sentiasa kena kacau supaya cantik kuahnya. Tak berketul-ketul dan pecah minyak. 

🎀Masukkan manisan, gula dan garam secukup rasa. 

💝Che kak lebih suka kuah pekat santan. Tapi kalau cair, boleh masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air terlebih dahulu.

💝Dah pekat, boleh tutup api dapur.  Jom kita tengok apa criter ayam rebus santan tu hah. Agak-agak ayam dah masak, tutup je la api dapur tu.


Selepas direbus, goreng atau bakar sekejap

💝Lepas ayam direbus, boleh le goreng sekejap untuk dapatkan warna garing. Tak perlu goreng lama sebab ayam dah masak. Kalau rajin, boleh bakar. Suami che kak lebih suka ayam digorengkan aje. 

💝Dah siap goreng ayam, boleh le masukkan ke dalam kuah percik. Yummyyy..

Tadaaa siap sudah ayam percik 



No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com