KENAPA PERLU DAFTAR ANAK OKU - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA PERLU DAFTAR ANAK OKU

Tuesday, August 13, 2019

KENAPA PERLU DAFTAR ANAK OKU


"Kak, daftar la anak tu, wat kad OKU. Kalau ada kad OKU, senang nak rancang masa depan dia".

"Eh takpe lah. Akak boleh sara dia lagi. Tak perlu bantuan JKM". Kalau akak takde pun, nanti adik beradik dia akan jaga".

Mentaliti ibubapa apabila mempunyai anak OKU, kebanyakannya tak nak daftar anak sebagai OKU. Takut dan malu antara sebab kenapa tak nak daftar.

Mak mak ayah ayah. Tujuan utama daftar anak untuk memiliki kad OKU bukanlah kerana wang bantuan semata-mata.


Satu kepuasan apabila melihat anak-anak OKU  mendapat haknya. Hak hidup sebagai OKU yang mendapat peluang seperti orang normal.

Pada suatu hari, semasa che kak sedang temubual seorang ibu yang memohon bantuan kewangan bulanan, che kak rasa cuak kerana dia marah anaknya. Si ibu sangat stress kerana teguran tak dihiraukan.

Ooooo rupanya si anak yang berusia 6 tahun, tidak dengar teguran ibu kerana dia memang 'tidak dengar'. 

Mak oo mak.. Sampai ke tua la kamu akan stress. 

So, apalagi! Che kak nasihatkan si ibu supaya dapatkan pengesahan doktor setahap mana ketidakupayaan pendengarannya.

Bantu dia dapatkan alat pendengaran untuk memudahkan proses pembelajaran dan komunikasi. 

Jangan rosakkan masa depan anak hanya kerana kesilapan kita tak nak 'bantu' dia. 

Che kak nak cerita kisah seseorang yang che kak kenal rapat yang berlaku pada tahun 80 an. 

Si ayah rasa anaknya ada masalah pendengaran.

Setiap kali anak nak masuk kelas, pasti si ayah akan minta izin dengan guru kelas supaya tempatkan anaknya kat depan sekali.

Setiap kali peperiksaan pasti akan dapat nombor 1. Sekiranya berada di meja belakang, takde la nak dapat nombor 1.

Atas rasa tanggungjawab, si ayah bawa anaknya jumpa doktor. Tanpa sebarang peralatan, doktor test pendengaran anak secara manual.

Si anak kena berdiri kat hujung dinding. Sesi soal jawab bermula. Si anak dapat menjawab dengan tepat. Maka apa lagi! Si doktor marah pada si ayah. Si ayah rasa sangat kecewa. Kecewa kerana doktor tidak percaya. Kecewa kerana anaknya eh dengar la pulak! Memalukan ayah!

Tahukah anda, disebalik soalan itu, si anak dapat menjawab kerana dia bijak. Bijak tangkap apa yang doktor soalkan. Bijak baca gerakan bibir. Soalan simple. Siapa nama, darjah berapa, sekolah kat mana, dan beberapa soalan yang sangat mudah difahami oleh si anak berusia 8 tahun.

Cuba try test doktor tanya dalam keadaan si anak membelakangkan doktor, kompem si anak tak dapat jawab soalan doktor. 

Sewajarnya, doktor wat surat refer ke hospital untuk check up yang sebenar-benarnya. Setakat  3 4 soalan yang tak sampai 3 minit, apa la sangat diagnosis. 

Tapi mungkin pada masa itu, pengetahuan mengenai tahap ketidakupayaan masih rendah.

Tahap pendengaran ni ada beberapa tahap. Iaitu: 

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.  

Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu :

 Minimun:  15 - < 30 dB (Kanak-Kanak)
                      20 - < 30 dB (Dewasa)
Sederhana : 30 - < 60 dB
Teruk (severe) : 60 - < 90 dB  
Sangat teruk (profound) : > 90 dB

Apa jadi dengan kenalan che kak? Dia membesar dengan dunia "mesti kena duduk di depan".

Si ayah dah frust. Walaupun frust, dia tetap pesan pada cikgu supaya anaknya duduk kat depan sekali.

Sehinggalah si anak tamat belajar universiti. Apabila dia cuba test pendengaran di HUSM, ye benar sekali dia ada masalah pendengaran tahap sederhana.

39 tahun hidup, baru dia ada kekuatan nak daftar kad OKU. Itupun sebab kad OKU warna pink. 

Dia baru ada kekuatan nak mengaku pada diri sendiri bahawa dia adalah OKU semasa dia menghadiri meeting di Putrajaya. Betapa dia struggle nak dengar amanat dalam meeting. 

Dia tak mampu nak dengar kerana keluasan bilik mesyuarat sangat luas. Dia tak mampu nak dengar kerana dia tak duduk kat depan macam budak sekolah ngadap papan hitam.

Dia tak kisah orang kata engko ni tak dengar ke! Kerana orang tak tahu dia memang tak dengar.

Dia tak kisah dan tak kecil hati apabila orang kuatkan suara seolah-olah marah pada dia.

Tapi dia sedih kerana dia pulang dari meeting dengan pengetahuan kosong. Kosong. Kosong.

Dia dapat bantuan alat pendengaran dari JPA. Tapi hampa kerana bateri expired date. Sampai hati pembekal tu kan. 


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com