JANGAN MUDAH PUTUS ASA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: JANGAN MUDAH PUTUS ASA

Sunday, August 4, 2019

JANGAN MUDAH PUTUS ASA

Hari ini che kak dengar perkongsian dari 2 orang insan hebat dalam kerjaya dan keluarga masing-masing terutama selepas bersara. Cemerlang dalam kerjaya, cemerlang juga anak-anak mereka. Terdapat tanda-tanda keberkatan dalam hidup mereka.

Walaupun selepas bersara, mereka masih berbakti pada komuniti sosial mereka. Walaupun dah menginjak usia warga emas, mereka masih aktif dengan aktiviti dan hobi masing-masing.

Che kak ada lagi 20 tahun untuk bersara. Itupun kalau Allah masih bagi pinjam umur. Rasa macam lama lagi. Tapi sekarang ni che kak dah kerja hampir 17 tahun. Rasa macam baru je masuk kerja. 😅

Mengimbas kembali kenangan mula bekerja. 4 kali che kak hadir temuduga. Kali terakhir che kak gi interview, kawan baik kesayangan che kak yang hantar che kak dengan motor birunya.

Che kak tetap sabar isi borang SPA setiap tahun. Dulu kena isi borang secara manual. Takde online lagi. 

Pada suatu hari, rakan serumah che kak buang borang SPA ke dalam tong sampah. Katanya dah malas nak isi. Che kak minta izin nak borang yang telah ditongsampahkan. Nasib baik borang tu tak digumpal. Che kak isi dan poskan borang.

Tak lama kemudian, sehari sebelum dipanggil temuduga kali keempat, che kak terbelek surat khabar utusan. 1 muka surat penuh cerita tentang peranan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat. Che kak baca dan fahamkan tugas sebenar JKM.

Alhamdulillah, che kak lancar jawab soalan-soalan penemuduga dengan penuh yakin. Tapi mereka gelak besar apabila mereka tanya sanggup ke kerja kat pusat serenti.  😂😂

Alhamdulillah, rezeki che kak dapat kerja JKM. First posting kat JKMWP Kuala Lumpur. Setelah genap 3 tahun, che kak masih belum comfirm kerja. Hebat macamana pun kita dalam kerja hakiki, kalau tak comfirm, takde hebatnya kita. Bila-bila masa akan ditamatkan perkhidmatan.

Che kak diberi tempoh perlanjutan. 4 kali hadir peperiksaan jabatan. Soalan bahagian pentadbiran sosial. Apa ke bengap sangat la wahai Hasliza. 

Atas inisiatif jabatan, kakitangan senasib che kak diberi taklimat tentang jawab soalan jabatan. 

Che kak sangat berterima kasih kepada Puan Fatimah Zuraidah. Che kak fokus 300% dan ingat setiap patah perkataan jawapan semasa perbincangan soalan dan jawapan yang betul.

Semasa jawab peperiksaan, che kak ingat seolah-olah Puan Fatimah Zuraidah ada di depan che kak. Allahu. Semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki Puan Fatimah Zuraidah. Sekarang ni beliau jadi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM. 

Akhirnya che kak lulus dan berjaya disahkan jawatan tetap dan berpencen walaupun dah melebihi 3 tahun. Sebab tu che kak sangat sayang dan hargai kerja che kak. Che kak bukan orang yang cemerlang. Bukan orang bijak. Che kak tak pandai nak buat kerja lain. 

Hargailah pekerjaan kita. Laksanakan tugas dan amanah  yang diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya.

Semoga kita semua diberi keberkatan dalam hidup kita. Rezeki dari gaji bulanan kita ni, nak bagi makan kat ahli keluarga kita. 

Apa che kak nak buat selepas bersara nanti? Stay tune.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com