APA YANG PERLU ADA DALAM TEAM WORK - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: APA YANG PERLU ADA DALAM TEAM WORK

Tuesday, September 10, 2019

APA YANG PERLU ADA DALAM TEAM WORK

Che kak teringat satu permainan semasa berkursus di Melaka beberapa bulan yang lalu. 

 Setiap kumpulan kena bawa gelas yang berisi air yang diletakkan di atas kain batik. Setiap kumpulan kena bawa kain batik tersebut ke satu tempat tanpa tumpahkan gelas.


Susah tau!

Kenapa susah? 

Sebab banyak sangat suara arahan dan idea bagaimana nak handle kain batik tu. Habis satu baldi air. 

Tak bergerak-gerak juga. Akhirnya..... 

Lantik seseorang menjadi jurucakap dan memberi arahan dan semua ahli dengar satu arahan tersebut. Walhal ramai je yang bijaksana dalam ahli kumpulan. 

Tapi apa kejadahnya? Gelas asyik tumpah je. 

Apakah hasilnya selepas mendengar satu arahan sahaja dan ahli sepakat. Kami berjaya membawa kain batik bersama-sama sehingga ke satu tempat tanpa tumpahkan air. 

Faham maksud permainan itteew? 

 Che kak nak tanya.. Sape pernah lukis gambar ibu ayam dan anak-anak ayam? Cuba lukis secara spontan. 

 Ada maksud disebalik lukisan. Sekiranya ibu ayam berada di tengah-tengah antara anak-anak ayam, bermaksud anda boleh memimpin dan dipimpin. 

 Ramai yang boleh memimpin dalam pasukan, organisasi, team dan apa sahaja yang membawa maksud berkumpulan. 

 Tetapi berapa ramai yang boleh dipimpin sekiranya orang yang memimpin adalah junior? Tak kira la junior dari segi umur, tempoh perkhidmatan, pangkat dan tahap pengalaman. Manakala orang yang dipimpin kebetulannya jauh lebih hebat. 

Namun, apabila bekerja secara team work, perlu ada seorang ketua dan perlu orang yang dipimpin kena ikut arahan ketua.

 Tujuannya adalah supaya team mencapai matlamat dan objektif pasukan. Namun begitu, bukanlah bermakna orang yang dipimpin tak boleh bersuara dan memberi pendapat. 

 Sama-samalah mencari persepakatan demi mencapai matlamat. Setiap team kena tetapkan matlamat. Contohnya nak menang nombor 1 dalam pertandingan. 

 Lantik ketua yang dipersetujui oleh ahli. Ketua hendaklah jalankan peranan dan tanggungjawab. Ahli kumpulan hendaklah dengar arahan ketua. 

 Keluarkan idea yang bijaksana dan dapatkan persetujuan ahli dan ketua. Sekiranya ada ahli kumpulan yang tidak bersetuju, kena berlapang dada sekiranya idea kita tidak disetujui. 

 Ingat matlamat asal. Nak menang nombor 1. Ada masalah, bincang dan selesaikan bersama. Jangan disimpan dalam hati. Ketepikan perasaan tidak puas hati dan ego kita.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com